Tuesday, September 28, 2010

DUN Galas, Ada Yang Perlu Digalas

Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa (empat kanan) mengimamkan sembahyang jenazah Anggota Dewan Undangan Negeri Galas Che Hashim Sulaima, 46, di Masjid Kampung Baru di sini, semalam. - Bernama

IBNU HASYIM 28 Sept 10: DUN Galas bakal menyaksikan pilihan raya kecil (PRK). Ianya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan yang wujud ini. Pilihanraya kecil kedua di Kelantan selepas DUN Manek Urai. Di DUN Manek Urai diadakan Julai 2009 dengan peratusan keluar mengundi paling tinggi dan ia dipertahankan oleh calon PAS.

Majoriti undi diperoleh calon PAS 65. BN yang menurunkan calon Umno mengecilkan jurang majoriti berbanding pilihan raya umum 2008. Galas juga menjadi tumpuan ramai khususnya ketika kebanyakan pihak mula bercakap-cakap tentang pilihan raya umum tergempar Sarawak.

Galas juga salah satu kerusi yang terletak di kerusi Parlimen Gua Musang pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah selaku Ketua Umno bahagian dan Ahli Parlimennya. Berdasarkan peruntukan PRK ruang bagi mengadakan mana-mana PRK (kecuali DUN Sarawak) adalah sehingga Mei 2011 iaitu dua tahun sebelum mandat semasa berakhir.

Semalam, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar dipetik berkata, PRK bagi DUN Galas perlu diadakan berikutan dengan kematian penyandangnya Che Hashim Sulaima akibat barah usus. Mesyuarat khas bagi menetapkan tarikh PRK DUN Galas akan diadakan sebaik sahaja menerima notis rasmi daripada Speaker DUN Kelantan mengenai kekosongan kerusi tersebut.

“PRK perlu diadakan memandangkan ia belum sampai tempoh tiga tahun daripada tarikh pilihan raya umum yang lepas.

“Pilihan raya kecil tidak perlu diadakan jika kekosongan berlaku selepas Mei tahun depan,” kata Wan Ahmad.

Che Hashim, 46, wakil rakyat penggal pertama merampas DUN Galas daripada BN dengan majoriti 646 undi. Beliau mendapat 4,399 undi menewaskan penyandang dari BN Saufi Deraman yang mendapat 3,753 undi. Selain Galas, dua kerusi DUN dalam kawasan Parlimen Gua Musang ialah Nenggiri dan Paloh.

Di DUN Kelantan, PR menguasai 39 kerusi manakala BN pula enam. Mengikut perangkaan kasar DUN Galas terdiri dairpada 10,330 pengundi dengan kira-kira 6,200 orang Melayu, Cina (1,900), India (172) dan Orang Asli (2,000). Mengambil kira pengalaman-pengalaman lalu SPR kemungkinan akan mengadakan pilihan raya hujung bulan Oktober selepas Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) 2010 yang akan berlangsung minggu ketiga bulan depan.

Kira-kira seminggu sebelum itu Parlimen akan bersidang dengan tumpuan ke atas pembentangan Bajet 2011 dan laporan bahagian Model Baru Ekonomi (MBE). SPR pernah menggunakan pendekatan itu sebelum ini. Misalnya ketika PRK serentak Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Lubok Antu pada awal April 2009 diadakan selepas perhimpunan agung akhir Mac.

Memetik alasan yang diberikan oleh Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sebelum ini, sudah pasti pilihan raya kecil hanya akan diadakan selepas perhimpunan agung Umno yang berlangsung mulai 19 hingga 23 Oktober ini. Dari tarikh perhimpunan ini SPR masih mempunyai masa kira-kira sebulan lagi untuk mengadakan pilihan raya lebih-lebih lagi sebelum sambutan Aidiladha, 17 November.

Jika ini berlaku dan diambil kira bermakna sebagaimana pernah disaksikan di tiga PRK serentak Mac-April 2009 dan Manek Urai Julai 2009, parti-parti politik bertanding akan mempunyai ruang yang lama untuk berkempen secara tidak formal sebelum memasuki gelanggang secara rasmi.

Jika ia berlaku Umno-BN akan menggunakan perhimpunan semasa untuk memobilisasi jentera mereka. Dalam kenyataan semalam Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata parti itu sentiasa berada dalam keadaan bersiap sedia dalam menghadapi sebarang pilihan raya. PAS akan mengadakan mesyuarat berhubung persiapan PRK DUN itu dalam masa terdekat ini, kata beliau.

Selain daripada soal tarikh, PRK ini juga dijangka menarik, kerana ia merupakan salah satu kerusi yang berada di Parlimen Gua Musang dan berlangsung selepas di sebalik pelbagai isu peringkat negeri dan pusat.

Secara ringkas, Al-Bakistani (http://g-82.blogspot.com/) mengulas anggaran beberapa isu yang bakal dimainkan oleh UMNO dalam PRK , adalah seperti berikut...

Pertama: isu cek 4bilion. Mungkin mereka akan menyebarkan gambar pemberian cek itu dengan cara mengangkat banner atau papantanda. Walau isu ini tidak benar, tetapi sengaja UMNO lakukan demikian untuk melahirkan PERSEPSI.

Kedua: Kelantan kononnya mundur. Ini adalah isu turun temurun yang sejak dahulu lagi dimainkan oleh UMNO.

Ketiga: Hak Melayu kononnya terhakis. Isu ini, akan di'sub'kan kepada PERKASA. UMNO akan jadi penyokong sahaja terhadap isu ini.

Isu Kebimbangan UMNO..

Pertama: 1 Malaysia - 1 Israel. Rakyat Kelantan adalah rakyat yang mempunyai sensitif agama yang cukup kuat. Israel bukan isu bangsa disisi rakyat kelantan, tetapi ia adalah isu agama.

Kedua: UMNO tak bagi DAP faham Islam. Alasannya mungkin sama. Rakyat Kelantan mempunyai kehendak Islam tersebar. kerana majoriti mereka amat hormat kepada Islam. walau mereka tidak beramal dengan islam, tetapi mereka tidak mahu anak bini mereka, malahan orang lain meninggalkan islam.

Ketiga: Minyak Kelantan. Isu royalti minyak adalah isu hak rakyat Kelantan. Ia diperkukuhkan lagi dengan sokongan Tengku Razaligh terhadap hak rakyat Kelantan itu. Jika UMNO menyatakan royalti ditukar kepada wang ehsan, ia hanya mengembirakan ketua-ketua bahagian UMNO dan yang berkepentingan dengan ketua bahagian itu sahaja. Adapun secara majoriti rakyat Kelantan, isu wang ehsan yang bakal dimainkan oleh UMNO akan makan tuan.

UMNO kena ingat... Pun begitu, UMNO kena ingat bahawa rakyat Kelantan mempunyai pendirian yang unik. antaranya;

Pertama: Melayu perkara kedua. Jika UMNO bermain isu Melayu sebagai isu asasi, ia adalah satu kesilapan yang cukup besar. Ini kerana, pada rakyat Kelantan, perkara yang paling penting pada mereka adalah Islam. Adapun Melayu, ia adalah perkara kedua.

Kedua: politik mereka seperti politik orang Cina. Politik orang cina adalah silent killer. Mereka membunuh sesuatu parti, bukan dengan cara mempamerkan, tetapi mereka mempamerkan sesuatu yang lain, tetapi yang tersembunyi dalam hati mereka adalah sesuatu yang lain pula. Ekoran itu, UMNO jangan syok sendiri apabila ada rakyat Kelantang yang memegang bendera UMNO/BN, maka itu menandakan mereka bakal mengundi UMNO/BN.

Ketiga: Mereka sangat jaga hak atas nama rakyat Kelantan. Isu penafian hak royalti yang bertukar kepada wang ehsan, adalah isu yang amat memberi kesan pada sentimen rakyat Kelantan. Ia adalah bom yang paling kuat dalam membinasakan sokongan rakyat kelantan terhadap UMNO.

Begitulah kira-kira.. antara beban atau tugas yang perlu digalas oleh BN dan PR. Ya, mari kita tunggu. (IH)

1 comment:

  1. Khabarnya lebih 3000 orang menyempurkakan Solat Jenazah untuk beliau..
    SUBHANALLAH... Didunia lagi Allah telah menunjukkan tanda-tanda kemuliaan dan kesejahteraan yang akan dikurniakan kepada allahyarham.. semoga Allah mencucuri RahmatNya keatas beliau... inilah keberkatan dan kemuliaan yang di berikan oleh Allah kepada mereka yang IKHLAS berjuang bersama-sama Jemaah yang betul, untuk mendaulatkan Hukum Allah di dalam sistem kehidupan keseluruhannya. Marilah kita mengambil iktibar dari kemuliaan dan darjat yang telah dikurniakan oleh Allah kepada beliau dan marilah kita bermuhasabah, apakah telah cukup usaha dan sokongan kita untuk bersama-sama menyokong Jemaah yang jelas berjuang berlandaskan Syariat Islam. Atau kita hanya sekadar selesa berada ditakuk lama yang mana telah jelas pilihan kita selama 53 tahun ini adalah pilihan yang sesat. Bukti dan hujah kebenaran berada didepan mata. Apakah kita masih teguh mempertahankan kesesatan itu. Tepuk dada tanya Iman. Hanya Allah Yang Maha Kuasa untuk memberi petunjuk dan hidayahNya kepada mereka yang di pilih. Berdoalah semoga kita tidak termasuk kedalam golongan mereka yang tidak diberi oleh Allah Hidyah dan Taufik untuk berubah kepada sesuatu yang telah terbukti kebenarannya. Dalam ertikata lain tidak mendapat Petunjuk Allah gara-gara kejahilan dan kedegilan kita sendiri. Wallahualam. TAKBIR!!!

    AL-FATEHAH...

    ReplyDelete