Monday, September 27, 2010

Gejala Sosial, Jangan Salahkan Anak Muda Sahaja.


LEMBAH PANTAI, 27 Sept 10:
ADALAH tidak wajar jika hanya menuding jari dan menyalahkan remaja yang terlibat sahaja, sebelum anggota masyarakat sendiri membuat sesuatu usaha mencegahnya. Kata Mohd Dzul Khairi Mohd Noor, ketika ditemui di dalam majlis pelancaran 'Kempen Anti Zina' anjuran PAS Lembah Pantai melalui Lajnah Penerangannya semalam, yang beliau sendiri sebagai pengarahnya.

"Jangan menyalahkan anak muda yang terjebak dalam gejala sosial sebaliknya kita mesti mencemuh diri kita yang tidak bekerja untuk menyelamatkan mereka", katanya lagi.

Sementara itu, Dr Azhar Yaakob Timbalan Pesuruhjaya II Wilayah Persekutuan ketika ucapan perasmiannya turut melahirkan kebimbangan terhadap peningkatan kes buang anak yang semakin menjadi-jadi berpunca dari penzinaan. Pelancaran kempen tersebut dianjurkan sempena Majlis Jamuan Hari Raya PAS Lembah Pantai.

Program itu antara lain bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat khususnya anak muda agar tidak terjebak dengan pergaulan bebas sehingga membawa ke kancah penzinaan.Kesan berantainya pula adalah gejala buang anak yang sedang melanda negara pada masa ini. Turut hadir pada majlis pelancaran itu termasuk Yang Dipertua PAS kawasan, Ustaz Adlin Soleh. (AK)

Sila lawati E-Perpustakaan IH.....

Rak 1
Rak 2
Akan bertambah lagi e-buku-buku seterusnya.

1 comment:

  1. tapi yang peliknya, Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mengangkat Elizabeth Wong sebagai Duta Anti Zina. Malahan, PAS bersungguh2 defend amoi kangkang tu yang terang2 berzina dengan seorang lelaki Melayu-Muslim bila tersebar gambar2 bogel dia.

    Apa komen mu wahai Pak Janggoat PAS??? Kenapa ada double-standard?? kenapa cakap tak serupa bikin???

    ReplyDelete