Sunday, September 05, 2010

Hina Mangsa Ragut, Di Gantung Tugas, Polis Baik?

Pegawai penyiasat hina mangsa ragut digantung tugas

KUALA LUMPUR, 5 Sept 10: Polis telah mengambil tindakan menggantung tugas seorang pegawai penyiasat dari Balai Polis Kepong yang dikatakan memarahi seorang wanita mangsa ragut yang tidak pandai berbahasa Malaysia.

Ketua Polis Kuala Lumpur DCP Datuk Muhammad Sabtu Osman berkata pegawai tersebut kini akan menjalankan tugas pentadbiran di pejabat sementara menunggu hasil siasatan yang dijalankan.

Pada 28 Ogos lepas, seorang wanita Cina telah datang untuk membuat laporan berhubung kes ragut yang melibatkan beliau di balai tersebut dan mendakwa telah dimarahi pengawai penyiasat itu yang turut memintanya agar pulang ke negara China.

Berikutan tindakan pegawai itu, wanita berkenaan telah membuat laporan polis di balai yang sama pagi ini.

Muhammad Sabtu berkata beliau akan memastikan kes tersebut disiasat secara telus dan saksama, serta tidak akan melindungi mana-mana anggota polis yang didapat melakukan sebarang salah laku. — Bernama

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails