Monday, September 06, 2010

Iklan Syirik, Tv3 Tarik Balik, 8 Malam Tadi. Alhamdulillah!

Beca dan pokok krismas, tulisan jawi yg diterbalikkan

KL, 5 Sept 10:
Setelah dikritik dan dibantah banyak pihak, stesen televisyen swasta TV3 hari ini menarik balik iklan kontroversi Aidil Fitri yang disiar stesen itu sejak beberapa hari lalu. Iklan tersebut didakwa seperti cuba menyamakan perayaan Aidil Fitri dengan unsur-unsur Krismas, Hindu dan Buddha apabila memuatkan elemen menaiki beca terbang ala Santa Claus, bunga teratai dan pelita.

Pihak mereka juga turut memohon maaf di atas penyiaran iklan tersebut yang telah mengguris hati umat Islam. Permohonan maaf itu diumumkan melalui Buletin Utama jam 8 malam tadi. Sementara itu Dewan Pemuda PAS Pusat bercadang menghantar surat bantahan ke stesen televisyen tersebut dan juga kepada Kementerian Penerangan esok ekoran penyiaran iklan tersebut.

Selain mengguris perasaan umat Islam, iklan tersebut juga dakwa mereka mengelirukan dan boleh menjerumuskan umat Islam ke kancah syirik. Biarpun menepati konsep 1Malaysia, namun iklan tersebut dilihat mencemar kemuliaan Aidil Fitri yang akan disambut umat Islam tidak lama lagi.

Sehubungan itu, Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) digesa cermat dan memantau iklan, filem dan drama yang bertentangan dengan nilai dan syariat Islam sepanjang perayaan ini. Iklan tersebut juga mendapat kritikan hebat umat Islam di laman FaceBook yang mandakwa TV3 sengaja mahu membangkitkan kemarahan orang Islam.

Mereka juga mendakwa, iklan tersebut adalah yang paling rendah nilai dalam sejarah iklan TV3 (AK).

Lihat sebelum ini..
IKLAN RAYA TV3



Antara komen-komen lain..

Iklan Aidilfitri Ala ala Pak Santa -TV3 Dah Tarik Balik Iklan

Iklan Ho ho ho merry hari raya patut dihentikan!.Ya saya maksud kan iklan Aidilfitri di TV3 yang mencampur adukkan budaya, agama yang berlainan kaum di Malaysia dalam 1 iklan, yang orang heboh sekarang, iklan yang bawa mesej 1 Malaysia tapi tersilap cara pembikinannya.

Nak kata 1 Malaysia, tapi dalam iklan muka melayu pakai pakaian melayu semua takda pulak bangsa lain dalam tu, cuma simbolik agama je ada dalam iklan tu..1 Malaysia pekenda camtu? Tv3 rasanya dah sedar dan buka mata sebab tu dia dah buang iklan tu di Facebook. Bagusla kalau Tv3 dan tarik balik iklan tu.

Buka mata sikit TV3, yang orang ramai tak suka iklan tu, khasnya orang Islam yang nak meyambut hari mulia Aidilfitri selepas berjuang berpuasa selama sebulan ..alih alih kena tengok iklan hoho merry hari raya..

Harap harap TV3 akan lebih sensitif dan memilih iklan yang bermutu sikit sebelum menayangkan di tv. TV3 perlu memohon maaf kpd umat Islam

1 comment:

Anonymous said...

patut la ada orang gelar tv3 al musyrikin...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails