Friday, September 24, 2010

Kes Sosilawati: Saspek Tidak Terlibat Langsung -Peguam Vijandran

"Klien saya mendakwa mereka tidak terlibat langsung (dengan pembunuhan itu) mereka disiasat dan tidak bersalah." kata Vijandran.

KL 23 SEPT 10: Vijandran antara 3 peguam saspek utama kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, berkata, kliennya mendakwa mereka tidak terlibat langsung dengan pembunuhan itu.

"Klien saya mendakwa mereka tidak terlibat langsung (dengan pembunuhan itu) mereka disiasat dan tidak bersalah." kata Vijandran. Mereka akan membuat laporan polis mengenai hal itu esok."Bagaimanapun, mereka bersedia memberi sepenuh kerjasama kepada polis tetapi berharap dilayan dengan lebih adil pada masa yang sama," kata Vijandran.

Tiga peguam yang mewakili suspek dan adiknya, kedua-duanya juga peguam berjaya menemui klien mereka untuk pertama kali di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur Khamis lalu. Mereka sampai pada jam 3 petang ditemani isteri suspek yang mendapat kebenaran bertemu suami mereka.

Sebelum itu, peguam DP Vijandran dan Ravi Nekoo memberitahu media, suspek berusia 41 tahun itu mendakwa dikasari polis selepas mereka bertemu selama 30 minit.

"Suspek mendakwa dipukul dengan getah paip, ditumbuk di muka dan ditendang sehingga memudaratkan tulang belakang," kata Vijandran, menambah suspek belum menerima bantuan perubatan berikutan kecederaannya.

Suspek utama itu juga mendakwa dipaksa menandatangani dokumen tanpa kerelaannya.

Sementara itu, isteri suspek menemui suami mereka selama 10 minit dalam pengawasan ketat pihak polis. "Mereka tidak dibenarkan dekat dengan satu sama lain. Isteri-isteri mereka amat tenang sepanjang pertemuan," tambahnya.

Sosilawati, 47, tiga yang lain — peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, Pegawai CIMB, Noorhisham Mohammad, 38, and pemandu Kamarudin Shansudin, 44, dilaporkan hilang 30 Ogos lalu. Mayat mereka kemudian ditemui di Ladang Gadong berhampiran Banting. Lapan suspek ditahan termasuk peguam dua beradik tersebut. (Sumber tvS/AK)

-----------------------------------------------

Sila lawati E-Perpustakaan IH:
Dapatkan 10 e-buku IH percuma!
Klik di sini..

Rak 1

Akan dipamer lagi e-buku-buku selanjutnya.

3 comments:

Anonymous said...

giler la kalau dia ngaku. dah bunuh mana nak ngaku. sama la mcm nuar jubo, dah menjubo mana nak ngaku, sumpah seminit pun takott. aparaa...

Anonymous said...

Siapakah DP Vijendran ini?
Adakah bekas Timbalan Speaker, orang kuat MIC dan Samy Vellu yang satu masa dulu terlibat dalam kes video seks dengan ramai wanita sekitar hujung tahun 80an?
Adakah ini orang yang sama?

Anonymous said...

haha kalau aku polis aku tembak jer trus semuanya termasuk peguam2 beruk tu skali

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails