Pemiliknya, Loh Leng Heng berkata jika kerajaan negeri yang diterajui oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng gagal bertindak - berdasarkan konsep kompeten, akauntabiliti dan telus yang dijuarai mereka - CAT (competent, accountable and transparent), mereka akan bertukar menjadi 'the Joker' - penjahat dalam filem keluaran 2008 itu.
Loh berang kerana usahanya mencari sebidang tanah untuk memindahkan muziumnya yang didakwa menarik minat ribuan pengunjung setiap bulan tidak diendahkan. Katanya, muzium itu menempatkan 40,000 mainan yang dipamerkan manakala 30,000 lagi dalam simpanan kerana kekurangan ruang. Justeru, beliau memohon bantuan kerajaan negeri bagi mendapatkan tapak yang sesuai tetapi diberi layanan dingin.
Layanan istimewa “Saya telah mohon untuk menyewa sebidang tanah di Botanical Gardens tetapi malangnya tanah itu telah diperuntukan untuk membina sebuah sekolah Tamil meskipun saya membuat permohonan terlebih dahulu,” dakwanya.
“Saya bukannya meminta layanan istimewa, saya hanya mahu menyewa ruang pada harga pasaran tetapi saya langsung tidak berjaya berjumpa sesiapapun pada peringkat kerajaan negeri yang hanya membenarkan orang kaya berjumpa mereka,” dakwanya lagi.
Loh juga berang kerana muziumnya yang didakwanya sebagai mempunyai barang mainan yang terbesar di dunia juga tidak disenaraikan di laman sesawang pelancongan negeri, peta dan risalah pelancongan sejak dua tahun yang lalu. Katanya kerajaan negeri mempunyai senarai 12 tempat popular untuk dilawati di Pulau Pinang tetapi kriteria yang digunakan adalah kurang jelas. Dakwanya, tempat terkenal seperti patung Budha dan Tokong Ular juga tidak termasuk dalam senarai itu.Kemarahannya memuncak apabila dia digagal mendapatkan temujanji bagi berjumpa dengan pengerusi jawatankuasa pembangunan pelancongan dan kebudayaan negeri, Danny Law untuk mendapatkan penjelasan.
“Saya telah menulis 50 surat apabila masalah ini bermula tetapi tiada jawapan yang diberikan. Saya juga tidak berjaya berjumpa Law, meskipun telah ke pejabatnya berkali-kali untuk mendapatkan temu-janji,” kata Loh yang menguruskan muziumnya itu untuk lebih lima tahun.
Bercakap dalam nada yang marah, Loh berkata jika rungutan dan masalahnya itu tidak ditangani beliau akan mempamerkan partung-patung termasuk 'Terminator', bagi memaparkan semua tindakan negatif yang membabitkan kerajaan negeri.
Komen Blog Ibnu Hasyim: Cuba siasat mengapa dan siapa di belakang pelan 'Kerajaan P.Pinang The Joker' itu? (Sumber: Malaysiakini/AK)
No comments:
Post a Comment