|
|
KL 4 SEPT 10: Cadangan dan tindakan seorang paderi, Ouyang Wen Fang menubuhkan sebuah gereja pertama yang dikhususkan untuk golongan gay di negara ini ternyata tidak disenangi oleh Majlis Gereja-Gereja Malaysia.
Setiausaha Agungnya, Dr. Hermen Shastri (gambar) berkata, cadangan Wen Fang itu tidak disenangi kerana ajaran agama Kristian sememangnya tidak mengiktiraf golongan gay.
"Saya berpandangan apa yang cuba dilakukan oleh paderi berkenaan adalah disebabkan dia terpengaruh dengan gereja untuk golongan gay yang telah dibina di beberapa buah negara di Barat seperti Amerika Syarikat.
"Memang paderi tersebut akan memberi apa sahaja alasan supaya hasratnya tercapai tetapi tindakannya itu sudah pasti tidak akan mendapat sokongan mana-mana pihak gereja terutama di Malaysia," katanya kepada media semalam. (AK)
No comments:
Post a Comment