KL 29 Sept. 10: Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah telah dilantik sebagai pengarah pilihan raya UMNO/BN untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Galas.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu diambil dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan UMNO hari ini.
"Dengan restu Presiden (UMNO) Datuk Seri Najib Tun Razak, saya telah menghubungi Tengku Razaleigh untuk memberitahu beliau mengenai keputusan parti melantik beliau dan beliau setuju,” kata Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional. - Bernama
Komen Blog Ibnu Hasyim: Apakah ianya suatu tamparan hebat pada PAS, kerana sebelum ini Ku Li menyokong tuntutan royalti minyak bagi rakyat Kelantan tajaan PAS?
--------------------------------------------
Gendang perang PRK DUN Galas sudah dipalu, sila lihat analisis di e-Buku IH-14, 'P/Kecil DUN Galas' Antara kandungannya...
Bab 1
- Adun Galas Pulang Ke Rahmatullah.
- Imbasan DUN Galas
- A/Che Hashim: Takziah Nik Aziz & Ibnu Hasyim
- DUN Galas, Ada Yang Perlu Digalas
- PRK Galas: Ku Li (UMNO) Sukar.. -Prof Aziz Bari
- Galas: UMNO Tak Perlu Bertanding -Nik Aziz Sokong
- Galas: DHPP Sayap Baru PAS Sedia Tanding
- Tarikh PRK Galas: SPR Ambil Kira AGM Umno.
- Ku Li Pengarah PRK BN Galas, Tamparan Pada PAS
2 comments:
Apabila Mahyudin dengan serta merta mengisytihar Ku Li sebagai Pengarah PRK Galas, bererti Mahyudin nak bunuh masa depan politik Ku Li.
hampir mustahil Ku Li boleh menggunakan pengaruhnya.
Ada beberapa sebab kenapa karier politik Ku Li perlu dibunuh.
1. Ku Li menyokong Kerajaan Kelantan menuntut hak royalti minyak Kelantan.
2. Ku Li akan menang sebagai Presiden UMNO jika pemilihan parti diadakan secara undian oleh semua ahli.
3. Ku Li sekarang kelihatan seperti menentang pelantikan Sultan Kelantan yang baru selepas adiknya yang juga abang Ipar Sultan Ismail Petra dipecat dari Majlis Perajaan Negeri dan juga dari menjadi orang kuat Istana Sultan kelantan.
4. Semua rahsia kerenah dan tingkahlaku Tun Razak semasa dalam kabinet dan UMNO serta Najib sendiri ada dalam tangan Ku Li.
T.Kasih, komen yang baik. Alhamdulillah.
Post a Comment