Saturday, September 11, 2010

Lepas Hari Raya, Bagaimana Kita?

Catatan Santai

FAJAR 1 Syawal menyingsing, menandai berakhirnya Ramadhan penuh kemuliaan. Senyum kemenangan terukir di wajah-wajah perindu Ramadhan, sambil berharap kembali meniti Ramadhan di tahun depan.

Satu persatu kaki-kaki melangkah menuju tanah lapang, menyeru nama Allah melalui takbir. Langit menjadi saksi, pada mata yang tidak mampu membendung air mata keharuan di pagi raya yang mulia. Tiba-tiba, sepasang kaki terhenti, melihat seorang gadis kecil di tepi jalan. "Mengapa kau menangis nak?" suara lembut menyapa gadis kecil itu.

Tanpa menoleh ke arah suara itu, matanya menerawang tak menentu, mencari sesosok yang amat ia rindui kehadirannya di hari bahagia itu. Ternyata, ia menangis kerana tidak memiliki baju baru yang cantik indah untuk rayakan hari kemenangan itu. "Ayahku mati syahid dalam sebuah peperangan bersama Rasulullah.." jawab gadis itu mengenai ayahnya.

Lelaki itu mendekap gadis kecil itu. "Mahukah engkau, kalau Aisyah menjadi ibumu, Muhammad sebagai ayahmu, Fatimah makcikmu, Ali sebagai 'uncle'mu, Hasan & Husain menjadi saudaramu?"

Terkejut gadis itu, baru dia sedar, lelaki didepannya adalah Muhammad Rasulullah SAW, Nabi yang sentiasa memuliakan anak yatim. Dia juga dulunya yatim piatu. Siapa yang tidak ingin berayahkan lelaki paling mulia, dan beribukan seorang Ummul Mukminin?

Dia membuat gadis kecil yang bersedih di hari raya itu, tersenyum. Mungkin senyum paling indah. Dia menjemput gadis itu ke rumahnya, diberikan pakaian yang indah cantik. Maka terbasuhlah sudah airmatanya. Lelaki agung itu, shalawat dan salam baginya.

Rasul itu tidak hanya berbaju cantik indah pada Hari Raya, tetapi juga mengajak seorang anak yatim ikut berbaju cantik dan indah juga, sehingga nampak tiada beda dengan Hasan dan Husain, kedua cucunya. Lelaki agung itu, tahu bagaimana menjadikan hari raya juga, istimewa bagi anak-anak yatim.

Apakah Hari Raya kita hari ini mencapai maksud seperti yang dilalui dan dikehendaki oleh Nabi SAW? Bagaimana Hari Raya kita berbanding Hari Raya Nabi SAW? Cerminlah diri kita sendiri, bagaimana Hari Raya yang kita tinggalkan semalam?

Allahu aklam. Selamat Hari Raya, maaf zahir batin.

Ibnu Hasyim Catatan Santai
alamat e-mail: ibnuhasyim@gmail.com
KL. 11 Sept 2010

Lihat sebelum ini...

3 comments:

ahmed said...

Satu persatu kaki-kaki melangkah menuju tanah lapang, menyeru nama Allah melalui takbir. Langit menjadi saksi, pada mata yang tidak mampu membendung air mata keharuan di pagi raya yang mulia. Tiba-tiba, sepasang kaki terhenti, melihat seorang gadis kecil di tepi jalan. "Mengapa kau menangis nak?" suara lembut menyapa gadis kecil itu.

ali said...

Rasul itu tidak hanya berbaju cantik indah pada Hari Raya, tetapi juga mengajak seorang anak yatim ikut berbaju cantik dan indah juga, sehingga nampak tiada beda dengan Hasan dan Husain, kedua cucunya. Lelaki agung itu, tahu bagaimana menjadikan hari raya juga, istimewa bagi anak-anak yatim.

zaid said...

Apakah Hari Raya kita hari ini mencapai maksud seperti yang dilalui dan dikehendaki oleh Nabi SAW? Bagaimana Hari Raya kita berbanding Hari Raya Nabi SAW? Cerminlah diri kita sendiri, bagaimana Hari Raya yang kita tinggalkan semalam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails