Tuesday, September 21, 2010

MAIS, JAIS Double Standard, Betulkah Arahan Sultan?



Ahli Parlimen Hulu Selangor bersama ADUN UMNO menyerahkan sumbangan cek di dalam Masjid Sg. Tengi Selatan. Semua tersenyum lebar dan tiada pula mendakwa di hina atau Masjid tercemar. Ahli Parlimen berkopiah yang telah mengeluarkan fatwa ‘penghinaan’ terhadap umat Islam kerana terpaksa menerima sumbangan dari orang kafir, pun mendiamkan diri - mungkin kerana sibuk menikmati juadah raya.

KL, 21 Sept 10
: Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mencabar Majlis Agama Islam Selangor (Mais) agar konsisten dalam menguatkuasakan arahan yang dikeluarkannya, terutamanya berhubung isu tidak membenarkan orang bukan Islam daripada memasuki ruang solat masjid.

Beliau berkata institusi agama itu sepatutnya bertindak adil dan konsisten bukan mencampurkan hal-hal agama dan politik dalam melaksanakan arahan.

“Saya sebenarnya tidak kisah jika Datuk Mohamad Idris Abu Bakar (ADUN Hulu Bernam) berucap dalam ruang solat masjid atau P. Kamalanantan (Ahli Parlimen Hulu Selangor) masuk ke ruang solat masjid untuk sampaikan sumbangan.

“Yang menjadi masalah sekarang adalah Mais, kerana mereka tidak konsisten dan adil.

“Bila membabitkan wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR) tidak boleh tapi bila wakil rakyat Barisan Nasional (BN) pula tiada masalah. Bukankan ini menunjukkan Mais tidak konsisten?” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Khalid yang juga Yang Dipertua PAS Shah Alam berkata, sasarannya adalah Mais bukan kedua-dua wakil rakyat BN itu.

“Sasaran saya adalah Mais. Bagi saya apa yang dilakukan oleh kedua-dua wakil rakyat BN itu tidak ada masalah dan harus digalakkan lagi yang sepatutnya turut melibatkan wakil rakyat PR.

“Ini jelas menunjukkan sikap ‘double standard’ yang dilakukan Mais dan juga Jabatan Agama Islam Selangor (Jais). Kalau tidak boleh, cakap tidak boleh dan kalau boleh, jangan halang,” katanya.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Kalau PR buat semua tak boleh, kalau BN semua boleh. Mais & Jais memang double standard. Cuba siasat, betulkah ianya arahan dari Sultan?

Sebelum ini..

No comments:

Post a Comment