Prof Umar Ibrahim Vadillo sedang memperkenalkan Mata Wang Syariah kepada Gabenor Acheh, semasa dalam kunjungannya ke Aceh.
Prof Umar Vadillo (dua dari kiri) berhadapan Tengku Mudawali (berkupiah putih) penasihat agama Gabenor Acheh membelakangkan Ibnu Hasyim semasa makan malam di Banda Aceh, tempo hari.
PETALING JAYA, 4 Sept 10: Kelantan Golden Trade (KGT), anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan berkata, respons terhadap mata wang syariah dinar dan dirham sangat menggalakkan dengan jualan RM1.5 juta telah disempurnakan dalam tempoh tiga minggu pertama sejak diperkenalkan.Sehubungan itu, KGT bercadang untuk memperkenalkan mata wang tersebut di Selangor dan Kedah yang diterajui Pakatan Rakyat (PR). Ketua Pegawai Eksekutif KGT, Umar Ibrahim Vadillo berkata, pihaknya juga sedang mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri Selangor dan Kedah untuk menggalakkan penggunaan mata wang dinar dan dirham di kedua-dua negeri itu.
“Kami telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Selangor dan beliau menunjukkan minat yang mendalam,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.
Selain itu KGT juga bercadang untuk memperkenalkan mata wang syariah itu di Acheh. Umar berkata, pihak berkuasa agama Islam Selangor juga menunjukkan sokongan mereka terhadap penggunaan dinar dan dirham untuk membayar zakat. Awal minggu ini kerajaan pusat berkata tiada masalah jika dinar emas dan dirham perak yang diperkenalkan kerajaan Kelantan hanya untuk disimpan bukan bagi diniaga di pasaran terbuka.
Terdapat lima saiz yang dijual dengan harga berbeza setiap hari mengikut nilai emas semasa dan hari ini harga bagi setengah dinar ialah RM296, satu dinar (RM592), dua dinar (RM1,184), lima dinar (RM2,960) dan lapan dinar (RM4,736).
“Manakala bagi nilai dirham pula ialah satu dirham bernilai RM13, dua dirham (RM26), lima dirham (RM65), 10 dirham (RM130) dan 20 dirham (RM260),” katanya.
Umar menambah, Putrajaya secara rasmi tidak membantah Kelantan daripada menggunakan mata wang syariah dinar dan dirham. Kata beliau, penggunaan dinar dan dirham masih atas kapasiti sukarela. “Kerajaan persekutuan belum berkomunikasi dengan kami. Apa yang kami dengar hanya menerusi media,” kata beliau.
“Sudah pasti dinar Kelantan bukan mata wang pertukaran rasmi.
Ia hak eksklusif bank pusat,” kata beliau. Umar menambah, KGT sedang mengambil langkah untuk melindungi integriti kedua-dua dinar dan dirham.
“Biar kami beri jaminan, kami sedang mengambil segala langkah yang perlu untuk melindungi integriti dinar dan dirham dalam lunas perundangan Malaysia,” katanya.
Bagaimanapun jelas beliau, pihaknya tidak boleh mendedahkan pendekatan itu buat masa sekarang. “Saya akan mengumumkan dari semasa ke semasa, bila tiba masa yang sesuai kelak,” katanya.
Umar menambah, apa yang penting sekarang ialah kebebasan untuk menggunakan saluran untuk berurus niaga. “Buat pertama kali dalam sejarah rakyat diberikan kebebasan,” katanya.
“Ia tiada kaitan dengan politik. Tengku Razaleigh, seorang ahli Umno, menyokong kuat dinar tetapi ada juga ahli PAS yang masih mempersoalkannya,” kata beliau dengan merujuk kepada pendirian Ahli Parlimen Gua Musang dua minggu lalu.
Mengenai negeri Pakatan Pulau Pinang dan penggunaan mata wang syariah, tidak disebutkan. (Sumber The Malaysian Insider/AK)
Lihat sebelum ini...
- BERNAMA Kempen Dinar Syariah, Al-hamdulillah. T/kasih!
- Matawang Syariah, UMNO Terus Bangkang -Nik Aziz
- Sokong Atau Tidak Dinar Kelantan? Klik Di sini..
- Dinar: Ibnu Hasyim Sokong Kenyataan Pemuda K'tan.
- Dinar K'tan: Najib Tolak Kepada BNM
- Husam Nafi Dinar Jadi Mata Wang Kedua
- Dinar K'tan: Indo, Portugis, Sepanyol, Belanda, Tu...
- Tok Guru, Husam, Dinar, M'sia, S'pura, Australia &...
- Tok Guru Lancar Dinar & Dirham K'tan, RM100,000 Di...
- Perkenal Dinar K'tan Kpd Gabenor Negeri Xinjiang
- 'Dinar Emas' Pertemu Antara 2 Pimpinan Serambi Mekah
Satu langkah yg bijak dan terkehadapan.....TAHNIAH KELANTAN.
ReplyDeleteCukup kemas Ibnu Hasyim dalam memperjuangkan soal dinar kepada pengunjung blognya sehingga saya dapat maklumat yang terbaik di sini.
ReplyDeleteT.kasih. Saudara Ridhuan, bila lagi nak bantu?
ReplyDeletesekarang,kita tupukan pada zakat pulak.. trutama zakat fitrah...:D tahniah ust hasyim..
ReplyDelete