Isteri kepada pegawai bank yang hilang, Suzana Radim Pangat, 38, bersama anak-anaknya menunjukkan kad ucapan hari raya yang dikarang oleh anak-anaknya kepada ayah mereka selepas sidang media eksklusif di kediamannya di Kuala Lumpur, Selasa.
Turut sama anaknya (dari kiri) Mohamad Azri Shahzan,14, Mohamad Faiz Ridzmi, 5, dan Nur Aneesa Salbiah, 11. Suami beliau Norhisham Mohamad sehingga kini hilang bersama tiga lagi iaitu jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, peguam Ahmad Kamil Abd Karim dan pemandu peribadi Kamarudin Shansudin. Foto BERNAMA
KL, 7 Sept 10: “Tolong faham, abang tak balik rumah tiga hari dan abang minta maaf."
“Nanti balik abang akan cerita,” itulah kata-kata terakhir Noorhisham Mohammad kepada isterinya Suzana Radim Pangat menerusi telefon sebelum beliau dilaporkan hilang.
Noorhisham, 38, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru dilaporkan hilang bersama-sama juwatan kosmetik Sosilawati Lawiya, 44, pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.
Mereka dilaporkan hilang sejak Isnin lepas semasa berada di Banting, Selangor untuk urusan pembelian tanah. Suzana, 38, berkata kali terakhir beliau bercakap dengan Noorhisham ialah melalui panggilan telefon kira-kira 8.15 malam Isnin minggu lalu dalam keadaan tergesa-gesa.
“Saya rasa sangat pelik. Apabila saya tanya kenapa, dia cuma jawab yang dia suruh saya faham, nanti balik dia akan cerita semuanya, dan ketika itu dia hanya sehelai sepinggang.
“Jadi, saya tak buat apa-apa tindakan kepada polis walaupun saya rasa apa yang berlaku ini pelik sebab bila suami cakap dia akan balik tiga hari lagi, fahaman saya dia akan balik," katanya kepada Bernama di kediamannya di Taman Seria, Ampang hari ini.
Beliau berkata pada hari kejadian, suaminya ada memberitahu bahawa beliau akan ke Banting atas urusan kerja bersama-sama Sosilawati, Kamaruddin dan Ahmad Kamil.
“Dan apa yang saya tahu pada masa itu, suami saya menaiki kereta dengan (Ahmad) Kamil sebab sebelum bertolak ke Banting dia ada telefon bagi tahu yang dia nak bertolak,” katanya.
Suzana yang mempunyai tiga anak hasil perkahwinannya dengan Noorhisham, berkata sejak 31 Ogos hingga kini beliau tidak dapat menghubungi suaminya. “Pada hari berikutnya itu, saya risau kenapa dia tak hubungi. Petang saya hubungi dan SMS suami saya guna telefon saya dan anak, tetapi tak dapat,” katanya.
Menurutnya beliau membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi kira-kira 5 petang pada Khamis lepas selepas tiga hari suaminya tidak pulang ke rumah.
“Saya risau sebab dah tiga hari dia tak balik, sebelum ini dia tak pernah buat macam ni. Kalau pergi out station pun dia akan balik,” katanya sambil menambah Sosilawati merupakan pelanggan Noorhisham sejak dua tahun lalu.
Menurut Suzana, hari ini beliau dapat mengenal pasti kereta suaminya yang berada di Seksyen 7, Shah Alam.
“Anak Datuk Sosilawati beritahu kereta (Proton Perdana) Noorhisham ada di Seksyen 7. Nasib baik kunci spare ada dan saya terus ke sana untuk bawa kereta itu balik ke rumah,” katanya.
Mengenai persiapan Aidilfitri yang bakal disambut beberapa hari lagi, Suzana berdoa agar suaminya dapat pulang untuk meraikannya bersama mereka sekeluarga.
“Kali ini saya tak ada apa-apa persiapan. Hanya saya harap suami saya balik sebelum hari raya. Sebelum suami saya hilang dia dah belikan baju raya untuk anak-anak kami.
“Yang paling menyedihkan ialah 13 Sept ini adalah ulang tahun kelahiran suami saya," katanya.
Keluarga Sosilawati pula berkata mereka tidak menerima sebarang surat amaran termasuk ugutan berhubung kehilangan jutawan itu. Adiknya Masturi, 42, berkata sebarang surat atau panggilan telefon termasuk khidmat pesanan ringkas (SMS) tidak diterima keluarganya dari mana-mana pihak berhubung misteri kehilangan kakaknya itu.
Anak Sosilawati, Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 24, pula berharap kerjasama berterusan daripada masyarakat akan membawa kepada kejayaan yang lebih besar lagi selepas ini seterusnya merungkaikan segala permasalahan berhubungan kehilangan ibunya.
“Saya berterima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang prihatin terhadap isu mengenai ibu kami sehingga membawa kepada penemuan kenderaan ibu kami semalam.
“Penemuan terbaru ini menunjukkan kerjasama, keprihatinan yang tidak berbelah bahagi seluruh rakyat masyarakat Malaysia terhadap dugaan yang sedang kami sekeluarga hadapi,” katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama.
Dalam pada itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Wira Sabtu Osman berkata masih belum ada perkembangan terbaru mengenai kes kehilangan Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya.
“Polis sedang giat menjalankan siasatan dengan mengambil beberapa keterangan dari keluarga dan rakan-rakannya.
"Siasatan ini juga merangkumi pemeriksaan terhadap dua buah kereta yang ditemui semalam termasuk cap jari yang terdapat pada kereta berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini petang ini.
Semalam, polis menemui kereta BMW milik Sosilawati di Pangsapuri Angsana USJ 1, Subang Jaya dan kereta BMW milik Ahmad Kamil di kawasan perumahan berhadapan sebuah hotel di Subang Jaya. Laporan Bernama
Sementara itu di Shah Alam menurut Kosmo! Online, pihak Polis percaya Datuk Sosilawati Lawiya yang dilaporkan hilang bersama tiga lelaki pada 30 Ogos lalu berada dalam keadaan selamat.Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan (gambar) berkata, hasil pemeriksaan ke atas dua buah kereta yang dijumpai di Subang Jaya dekat sini malam kelmarin tidak menemui sebarang unsur mencurigakan. (AK)
Lihat sebelum ini..
4 comments:
salam,takda yg peliknya kenapa pegawai bank mengiring Datuk Sosilawati.
1.Dalam keadaan pasaran sekarang adalah amat sukar bagi pihak bank untuk mencari pelanggan atau pelabur samada untuk meminjam atau menggunakan perkhidmatan perbankan dalm jumlah yang banyak dan konsisten.
Marketing Strategi industri perbankan.Pihak bank akan mendapat keuntungan dengan melibatkan diri secara terus dengan pelanggan,tiada pihak ketiga.
Rakan Niaga berpotensi kepada pihak bank.contoh jika pelanggan meminjam dalam jumlah yang banyak(RM100 juta)pihak akan mendapat pulangan dalam bentuk kadar faedah.Bayangkanlah berapa kadar faedah yang akan dibayar oleh pelanggan tersebut.
Tida masalah jika pihak majikan/bank memberi kebenaran kepada kakitangan bank untuk melibatkan diri dalam transaksi tersebut.
tk
T.kasih penjelasan tuan.
Sehinnga sekarang saya tak faham kenapa perkara ini boleh berlaku? Jika kita tahu kenapa dan bagaimana ia boleh berlaku, ramai jutawan dan bakal jutawan boleh mengambil langkah sewajarnya mulai sekarang. Cuba bagitahu saya dan pembaca lain, pengajaran yang jelas berdasarkan fakta sebenar yang boleh kita ambil? Ada yang sebut Soslawati patut ada 'bodyguarg'. Lagi ?
sosilawati masih hidup, dia ada kat kota london,tiada bukti yg menyatakan dia matl, tiada cebisan tulang yg dijumpai,tiada dna pun yg dijumpai,polis yg buru(siasat kes sosilawati)hingga london (wan syukri) tinggal di sarawak berasal dari kelantan telah hilang tak dapat dihubungi.
Post a Comment