KL 20SEPT 10: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat dijadual melawat keluarga allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya di rumahnya di Gombak tengah hari ini. Dalam lawatan di Taman Harmoni itu, murysidul am PAS itu akan diiringi oleh naib presiden parti Islam itu Salahuddin Ayub.
Setelah lebih dua minggu pembunuhan kejam Sosilawati mendapat liputan hangat, sehingga kini kediamannya masih menerima kunjungan ramai.
Komen Blog Ibnu Hasyim: Mengapa hanya ramai yang menziarahi keluarga Datuk Sosilawati sahaja, tidak keluarga 3 lagi yang terlibat dalam pembunuhan itu, sedangkan di antara mereka ada anak-anak yang jadi yatim?.. walaupun sudah agak lambat bagi PAS? Maaf, jolok-jolok sikit.
Terbaru..
Nik Aziz lawat keluarga Sosilawati
|
GOMBAK, 20 Sept: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini meluangkan masa menziarahi sendiri keluarga jutawan kosmetik, Allahyarhamuha Datuk Sosilawati Rawiya yang mati dibunuh kejam bersama tiga rakannya minggu lalu. Nik Aziz yang diiringi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub meluangkan masa-masa kira-kira setengah jam bertemu dengan keluarga allahyarhamuha termasuk bekas suaminya, Buhari Muhammad yang menyambut baik kedatangan mereka. Mursyidul Am PAS itu turut mengucapkan takziah di atas kematian Sosilawati dan berharap keluarganya bersabar menerima ujian tersebut. "Saya mewakili rakyat Kelantan mengucapkan takziah kepad keluarga dan mudah-mudahan keluarga arwah bersabar menerima ujian ini. "Arwah mati teraniaya jadi kita minta dosa-dosanya Allah ampunkan dan pahalanya dilipat gandakan," katanya kepada pemberita di perkarangan rumah arwah selepas pertemuan tersebut. "Kita melawat ertinya kita bercakap-cakap sesuatu yang boleh menenangkan hati keluarga samaada nak bawa wang atau nak bercakap sahaja, itu menjadi kewajipan orang Islam lebih-lebih lagi bila berlaku kematian tragis seperti ini, lagilah mustahak untuk kita datang melawat," katanya lagi. |
Sila lawati E-Perpustakaan IH:
Dapatkan 7 e-buku IH percuma!
Klik di sini..
- E-Buku IH-1: 'Misteri Hilangnya Jutawan Datuk Sosilawati'
- E-Buku IH-2: Wang Syariah: Tugas Kita Belum Selesai
- E-Buku IH-3: C/P, Mencari Melayu/Islam Sri Lanka
- E-Buku IH-4: C/P, Ke China Bersama Datuk Husam
- E-Buku IH-5: C/P, Yang Buruk Dari Syiah Iran?
- E-Buku IH-6: C/P, Perjalanan Dari Menado Ke Aceh..
- E-Buku IH-7: C/P, Menuju Cina Town Di Riau
5 comments:
Tuan ini gua dah highlit kan dalam blog dan face gua,,,,,,,,, !!! sepatut nye ziarah lah mereka yg lebih miskin dulu,,,, !!! ni yg gua mula nak meluat dgn PAS ni,,,,,
T. Kasih. ita kena islahkan mereka.
berbaik sangka la sikit...mungkin mereka dah pergi tapi sebab yang lain tu tak sefamous arwah sosilawati, maka press tak tulis..
jangan la asyik mengata orang je, kita sendiri dah pergi ke?
lebarkan mata, luaskan pandangan, pikir kiri pikir kanan...
aku pun terpikir benda yg sama. meluat tu tak la tapi janggal...harap pimpinan PR turut sama ziarah 3 keluarga yg lain paling tidak pimpinan peringkat negeri. hish... mcm ada yg tak kena je...
Kena reti bahasa sikit, antara 'mengata' dengan 'islah'. Antara 'baik sangka dengan 'nasihat menasihati'.
Khalifah (Presiden) Saidina Umar pernah diancam nasihat dengan pedang pun, mengucapkan, alhamdulillah atas nasihat itu.
Post a Comment