Monday, September 20, 2010

N/Aziz Lawat K/Sosilawati, Tidak A/Yatim Terbabit?

KEMASKINI
KL 20SEPT 10
: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat dijadual melawat keluarga allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya di rumahnya di Gombak tengah hari ini. Dalam lawatan di Taman Harmoni itu, murysidul am PAS itu akan diiringi oleh naib presiden parti Islam itu Salahuddin Ayub.

Setelah lebih dua minggu pembunuhan kejam Sosilawati mendapat liputan hangat, sehingga kini kediamannya masih menerima kunjungan ramai.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Mengapa hanya ramai yang menziarahi keluarga Datuk Sosilawati sahaja, tidak keluarga 3 lagi yang terlibat dalam pembunuhan itu, sedangkan di antara mereka ada anak-anak yang jadi yatim?.. walaupun sudah agak lambat bagi PAS? Maaf, jolok-jolok sikit.

Terbaru..
Nik Aziz lawat keluarga Sosilawati

GOMBAK, 20 Sept: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini meluangkan masa menziarahi sendiri keluarga jutawan kosmetik, Allahyarhamuha Datuk Sosilawati Rawiya yang mati dibunuh kejam bersama tiga rakannya minggu lalu.

Nik Aziz yang diiringi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub meluangkan masa-masa kira-kira setengah jam bertemu dengan keluarga allahyarhamuha termasuk bekas suaminya, Buhari Muhammad yang menyambut baik kedatangan mereka.

Mursyidul Am PAS itu turut mengucapkan takziah di atas kematian Sosilawati dan berharap keluarganya bersabar menerima ujian tersebut.

"Saya mewakili rakyat Kelantan mengucapkan takziah kepad keluarga dan mudah-mudahan keluarga arwah bersabar menerima ujian ini.

"Arwah mati teraniaya jadi kita minta dosa-dosanya Allah ampunkan dan pahalanya dilipat gandakan," katanya kepada pemberita di perkarangan rumah arwah selepas pertemuan tersebut.

Tambahnya juga, setiap manusia yang masih hidup diseru untuk melawat keluarga sesiapa sahaja yang meninggal dunia sebagai tanda prihatin dan mengurangkan kesedihan yang terpaksa ditanggung keluarga.

"Apabila berlaku kematian, kita diminta melawat sebagai tanda takziah.

"Kita melawat ertinya kita bercakap-cakap sesuatu yang boleh menenangkan hati keluarga samaada nak bawa wang atau nak bercakap sahaja, itu menjadi kewajipan orang Islam lebih-lebih lagi bila berlaku kematian tragis seperti ini, lagilah mustahak untuk kita datang melawat," katanya lagi.

Beliau turut mengingatkan bahawa setiap manusia perlu menyiapkan diri untuk menghadapi kematian dengan mengerjakan segala amalan soleh di dunia ini sebagai bekalan untuk akhirat.

"Kita ini kepunyaan Allah, Allah bagi nyawa dan Allah juga yang ambil nyawa kita. Kewajipan masa hidup ini kita siapkan bekalan untuk masuk kubur, bukan dengan duit, makanan, tapi dengan pahala dan doa kita," ujarnya.

Sementara itu, Buhari yang terharu dengan kunjungan Nik Aziz dan Salahuddin itu merakamkan ucapan terima kasih di atas kunjungan tersebut. (Harakahdailynet sebentar tadi)

-------------------------------------------------------------
Sila lawati E-Perpustakaan IH:
Dapatkan 7 e-buku IH percuma!
Klik di sini..

5 comments:

Pak Oncu said...

Tuan ini gua dah highlit kan dalam blog dan face gua,,,,,,,,, !!! sepatut nye ziarah lah mereka yg lebih miskin dulu,,,, !!! ni yg gua mula nak meluat dgn PAS ni,,,,,

Ibnu Hasyim said...

T. Kasih. ita kena islahkan mereka.

Anonymous said...

berbaik sangka la sikit...mungkin mereka dah pergi tapi sebab yang lain tu tak sefamous arwah sosilawati, maka press tak tulis..

jangan la asyik mengata orang je, kita sendiri dah pergi ke?

lebarkan mata, luaskan pandangan, pikir kiri pikir kanan...

bunbinban said...

aku pun terpikir benda yg sama. meluat tu tak la tapi janggal...harap pimpinan PR turut sama ziarah 3 keluarga yg lain paling tidak pimpinan peringkat negeri. hish... mcm ada yg tak kena je...

Ali Mahmud said...

Kena reti bahasa sikit, antara 'mengata' dengan 'islah'. Antara 'baik sangka dengan 'nasihat menasihati'.

Khalifah (Presiden) Saidina Umar pernah diancam nasihat dengan pedang pun, mengucapkan, alhamdulillah atas nasihat itu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails