KOTA BARU AHAD 12 SEPT 10:Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu masyarakat Cina supaya turut menyampaikan dakwah kepada orang Melayu.
Mursyidul Am PAS itu berkata masyarakat keturunan Cina sama ada yang sudah dan akan memeluk agama Islam perlu memainkan peranan berdakwah kepada orang Melayu.
"Tidak salah orang Cina juga diberi peluang berdakwah kerana masyarakat Cina, di negara China lebih dahulu menerima agama Islam berbanding orang Melayu di negara ini.
"Lagipun orang Cina muda menerima agama Islam bukan secara ikut-ikutan tetapi melalui ilmu dan pembacaan yang mendalam tentang agama," katanya kepada pemberita selepas berucap pada majlis Aidilfitri meraikan anak Kelantan di perantauan di sini, malam Sabtu.
Ditanya sama ada cadangannya boleh mengelirukan masyarakat umum kerana gerakan dakwah biasanya dilakukan oleh masyarakat Islam kepada masyarakat bukan Islam supaya mendekati agama Islam, Nik Abdul Aziz berkata ia bukan satu perkara yang pelik.
"Orang yang menganggap ia pelik dan luar biasa menunjukkan mereka ketinggalan dari segi kefahaman agama, kerana masyarakat Cina di negaranya menerima Islam lebih dahulu daripada negara kita, jadi apa peliknya jika mereka berdakwah kepada orang Melayu," katanya.
Menurutnya, persepsi masyarakat Cina tidak boleh berdakwah kepada orang Melayu adalah salah dan perlu diperbetulkan. - BERNAMA
Komen Blog Ibnu Hasyim: UMNO jangan latah, terkejut dan buat isu lagi, macam tak faham agama pula..
3 comments:
TAK ADA SIAPA PUN YANG MELATAH,TAPI APA YANG NIK AZIZ CAKAP INI MEMANG KELAKAR LA. ORANG YANG TAKSUB KPD NIK AZIZ JE YANG BUTA HATI, TAK NAMPAK APA YANG DIAKATA TU MENGARUT. KESIAN AWAK... HAI, ENTAH LAH... SUKA KO LA NAK CAKAP APA, WALAU PUN TERUK, PENGIKUT KO TTP SOKONG.
masyallah, tuan guru suruh cina muslim berdakwah kat melayu pun anonymous cakap kelakar dan yang mebenarkannya buta hati..nak kiamat dah dunia ni.ibnu hasyim, hebat blog anta nih,,banyak info boleh didapati dan banyak "menarik" perhatian golongan2 thaghut ni
ehem.. ehem.. soal dakwah nie bukan hanya kpd bukan islam saja.. tp jugak utk yg telah sedia islam.. harus di ingat banyak org islam (kerana keturunan) lalai ttg islam berbanding yg memeluk islam dgn kerelaan... maaf andai salah
Post a Comment