Friday, September 24, 2010

Nikah Atau Surat Palsu, Mengapa Sorok Bini Orang?

KESAL...(dari kiri) Pengerusi Pekida Wilayah Persekutuan, Datuk Paduka Roslan Dahaman; Ketua Ahli Majlis Negeri Wilayah Persekutuan, Norashikin Abdul Ghani, Ariffudin dan Masridzi menunjukkan laporan polis serta dokumen pernikahan palsu.
(dari kiri) Pengerusi Pekida Wilayah Persekutuan, Datuk Paduka Roslan Dahaman; Ketua Ahli Majlis Negeri Wilayah Persekutuan, Norashikin Abdul Ghani, Ariffudin dan Masridzi menunjukkan laporan polis serta dokumen pernikahan palsu.

KL 24 SEPT 10: Satu sindiket nikah palsu di Sungai Besar, Sabak Bernam, dikesan mencetak kad perakuan nikah dengan meletakkan nombor siri pasangan lain bagi mengelak pasangan dinikahkan hadapi masalah. Kegiatan sindiket itu didedahkan bapa saudara seorang wanita yang ‘berkahwin’ dengan seorang mualaf, gara-gara hubungan cinta mereka dihalang keluarga.

Bapa saudara berkenaan, Ariffuddin Sam, 36, berkata, pada malam hari raya kedua lalu, anak saudaranya memberitahu keluarga dia sudah bernikah dengan lelaki terbabit. Berikutan itu, katanya, keluarga memintanya menunjukkan kad perakuan nikah dan dia menunjukkan kad terbabit dan sijil perakuan nikah mereka.

Katanya, dia yang tidak berpuas hati merujuk kad berkenaan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan terkejut apabila diberitahu sijil serta kad nikah terbabit palsu kerana nombor siri yang tertera milik pasangan lain.

“Selepas dipaksa, anak saudara saya mendedahkan mereka menggunakan wali hakim dalam kariah sedangkan wali sebenar (ayah atau abang) masih ada. “Malah, tiada nama jurunikah yang bertanggungjawab serta terdapat dua saksi pernikahan mereka termasuk seorang anggota polis dari Balai Polis Sungai Besar,” katanya ketika ditemui di Pejabat Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) di sini, semalam.

Menurutnya, dia beranggapan ramai lagi pasangan muda di daerah itu dinikahkan sindiket terbabit.

“Kes ini memberi mudarat besar kepada keluarga kerana anak saudara saya kini mengandung empat bulan gara-gara ‘nikah tanpa tauliah itu’ dan ditempatkan di sebuah rumah kebajikan.

“Malah, lelaki mualaf itu bersumpah dia tetap akan mencari anak saudara saya hingga ke lubang cacing. Kerana tidak puas hati keluarga sorokkan anak saudara, dia menghantar kumpulan samseng seramai 15 orang ke rumah saya pada Isnin lalu,” katanya.

Mengimbas kembali kejadian ngeri itu, pada jam kira-kira 11 malam, sekumpulan 15 orang datang bertanyakan di mana mereka menyorokkan anak saudara yang berusia 24 tahun itu.

“Saya enggan memberitahu menyebabkan mereka menyerang saya dan keluarga.

“Dalam pergaduhan itu, saya dan adik diserang hingga mengakibatkan luka di muka, kepala dan lengan. Malah, ketika bergelut saya ditumbuk di muka dan belakang menggunakan objek keras, namun saya bernasib baik kerana jiran membantu meleraikan pergaduhan itu,” katanya lagi.

Ariffuddin turut mendedahkan, dia dan keluarga kini trauma kerana setiap hari melihat ada saja kereta yang disyaki meronda kawasan rumah itu bertujuan untuk menakutkan keluarganya.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (Perkid), Masridzi Sat mendesak pihak berkuasa terutama jabatan agama bertindak tegas menyiasat dan mendakwa mereka yang terbabit pernikahan palsu termasuk kesalahan memalsukan dokumen pernikahan menggunakan nama jabatan agama.

“Mereka (jabatan agama) perlu menyiasat dengan tegas seterusnya mendakwa pihak terbabit (sindiket nikah palsu) yang berpusat di Sungai Besar, Selangor, kerana jika tidak mungkin lebih ramai anak gadis yang akan mengandungkan anak luar nikah,” katanya.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Bukan siasat itu sahaja, kena siasat juga apakah nikah itu palsu atau suratnya sahaja yang palsu. Isteri adalah di bawah tanggung jawab suami, bagaimana hukum menculik dan sorok isteri orang? Siasat juga soal pernikahan, mengapa selalu disusah-susahkan, berbanding dengan berzina suka sama suka? (2MA)

5 comments:

Anonymous said...

Setuju. Mereka sudah bernikah secara sah mengikut ugama. Yang tidak sah hanyalah undang2 buatan manusia.

Kenapa menyusahkan malah mengingkari apa yg digalakkan oleh Allah, iaitu perkahwinan?

- Saya yg suka kahwin

Zharif Alimin said...

saya x kahwin2 lagi sebab memang susah nak kahwin... patut proses disenangkan untuk mengelakkan zina

Anonymous said...

kalau senang kawin nanti kat kedai kopi pun ada org menikah. kat bawah pokok. lepas tu bercerai-berai, pun di kedai kopi juga bercerai dan dibawah pokok. lepas tu salahkan kjaan jugekk kenapa senang sgnt nak kawin. sama je laaa.....

Anonymous said...

solat pun tak mau pelihara, ini kan pulak kalau dimudahkan nikah kahwin. benda sedapp...ni ari nikah esok cerai. lepas edah nikah lain, semingu cerai. maka hilang la tujuan sebenar manusia berkahwin.

Acinetobaxter said...

apa tujuan sebenar manusia berkahwin? pasal nafsu dan fitrah semulajadi. nafsu dan fitrah bila disusahkan, dia memberontak. bila memberontak, dia sondol je.

ALLAH mudahkan pernikahan untuk elak penzinaan. biarpun mereka bercerai selaps itu, anak tetap punya bin yang sah. benda mudah macam tu pun tak boleh faham ke?

ALLAH dah mudahkan pernikahan, minta pula disusahkan. Sesungguhnya, anda lebih arif dan pandai dari ALLAH.

dan yang bestnya, kalau benar-benar terer, bagilah hidayat pada org-org semua biar bersolat....minta tolonglah pada sekalian manusia ini untuk bagi hidayah pada manusia supaya masuk islam dan menunaikan solat....

pemikiran pro feminisme yang sesat lagi menyesatkan...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails