Wednesday, September 22, 2010

PAS Ingati Semangat Perayaan Kueh Bulan


AYER KEROH, 22 Sept 10: Apa rahsia dan strategi politik, yang terdapat di dalam 'Perayaan Kuih Bulan'? Sehingga Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka (DPPNM) melalui Lajnah Perpaduan Nasional bersama-sama Kepimpinan Pemuda Pakatan Rakyat memperingati semangat perayaannya semalam?

Menurut sejarah pada tahun 1271 Masehi Negeri China jatuh di bawah pemerintahan Kerajaan Yuan dipimpin oleh Hu Pi Lie, seorang berketurunan Mongolia. Orang-orang Cina dari keturunan Han menurut undang-undang di bawah pemerintahannya sentiasa ditindas, dihina dan dizalimi oleh puak keturunan Mongolia. Apakah berlaku diskriminasi seperti yang berlaku di BN sekarang? Sila lihat 'Strategi Politik 'Kueh Bulan' Dalam Pilihan Raya'

Program tersebut dianjurkan PAS Melaka dengan kerjasama Majlis Tindakan Dun Bukit Baru, DAP dan PKR. Ketua lajnah itu, Khairul Che Salleh Khairul berkata, program mengedarkan kuih bulan adalah program tahunan yang dijalankan oleh DPPNM di mana ianya sentiasa mendapat sambutan yang baik dari masyarakat Tionghua seluruh negeri.

"Kita akan meneruskan program ini pada masa akan datang kerana ianya terbukti dapat mengeratkan hubungan PAS, DAP, PKR dengan masyarakat Tionghua," tambahnya.

Penyelia DunBukit Baru, Cikgu Yusof Wahab pula berkata, semangat itu adalah rentetan daripada revolusi yang muncul ketika rakyat China Dinasti Ming yang bangkit untuk menggulingkan kezaliman dan penindasan yang dilakukan oleh Kerajaan Monggol terhadap orang Cina.

"Semangat inilah yang menjadi aspirasi perjuang rakyat di Melaka khususnya untuk turun ke kawasan kejiranan di sekitar Melaka bagi menyedarkan tentang kezaliman Kerajaan Barisan Nasional dan memenangi hati rakyat untuk bersama-sama menggantikannya dengan Kerajaan Pakatan Rakyat yang sememangnya seiring dengan kehendak rakyat," ujar Yusof.

Bertemakan ‘Rakyat Memimpin Perubahan’ dan berbekalkan 600 biji kek bulan, program yang melibatkan 6 Dun iaitu Bukit Baru, Serkam, Merlimau, Sungai Rambai, Ayer Molek dan Kuala Linggi itu telah berjaya merobohkan tembok pemisahan bangsa yang selama ini cuba dibina oleh Kerajaan Umno Barisan Nasional yang cuba menjuzuk-juzukkan masyarakat mengikut bangsa.

Pada program semalam kira-kira 300 biji kuih bulan diedarkan di sekitar Pekan Bukit Baru melibatkan restoran, kedai-kedai, pasar awam, dan taman perumahan.

“Kerjasama antara PAS, KeADILan dan DAP ini berjaya menunjukkan kemuafakatan yang terjalin didalam Pakatan Rakyat yang sememangnya wujud walaupun Pesta Tanglong @ Pesta Kuih Bulan ini lebih sinonim dengan masyarakat Tionghua,” kata Shamsul Iskandar Mat Akin, Ketua AMK Pusat. (Sumber Harakahdaily/AK)

Lihat sebelum ini mengenai kueh bulan..

3 comments:

  1. semasa tanah besar China di bawah pemerintahan Dinasti Yuan lah, ramai tokoh2 Islam dilantik untuk menjawat jawatan penting dalam Kerajaan, termasuklah menjadi Gabenor2 wilayah.

    Tu camne pulak tu????? apa komen PAS?????

    ReplyDelete
  2. Kalau betul ada begitu, samalah dengan kerajaan Chna sekarang, walupun ramai tokoh-tokoh Islam tetapi masih berideologi komunis.

    Samalah dengan BN di Malaysia yang berideologi asabiah nasionalis. Sebab itu wujudnya PAS.

    Kalau tekanannya tiada senjata cuma pemikiran ideologi dan aqidah, maka bangkitnya pun tiada senjata.

    Sebab itu kita bimbang BN jangan guna kekerarasan seperti ISA atau pembunuhan di Memali, takut bangkitnya pun secara kekerasan pula, seperti di Palestin, Afghan dll.

    Bukan sahaja manusia, kucing yang manja itupun, kalau ekornya dipijak kuat akan mengeliat dan mengigit balik.

    Kita nasihatkan BN berhati-hati kalau tidak mahu kebangkitan kekerasan.

    Fikir-fikirlah!

    ReplyDelete
  3. Dinasti Yuan tak sama dengan Republik Rakyat China, Tuan Haji. Pembesar2 Islam dalam Dinasti Yuan lebih bebas bbanding dgn tokoh2 Republik Komunis kini yg macam lembu dicucuk hidung.

    Kalau nak dikira asabiah, saya boleh cakap semua parti politik kat Malaysia ni pun asabiyah. PAS pun masa awal penubuhan pun asabiyah jugak. kalau tak, takkanlah masa tragedi 13 Mei, pemimpin PAS boleh kata kat Tunku, nilah masanya untuk rampas harta benda orang cina??? =)

    Tapi apapun, keadaan dah banyak berubah. PAS pun dah open, ada Dato' Anuar Tan, Cina Muslim dalam EXCO Kelantan. UMNO pun dah tak rigid. Orang Asli, Siam, Bumiputera Sabah pun dah boleh join UMNO. So, apa salahnya ttg nasionalis? Bukankah tu salah satu unsur pemangkin bagi sifat cintakan negara?

    yg kita tentang ialah asabiyah melampau. jangan terlalu rigid Tuan Haji... saya tak tahulah apa yg UMNO/BN pernah buat pada Tuan Haji sampai semua benda pun tak kena pd pandangan mata Tuan Haji.

    Neway, pasal salah guna kuasa tu, saya setuju. leh inform pada UMNO. saya bukan ahli mana2 parti.

    Politik matang pegangan saya, tak kira fahaman atau parti...

    ReplyDelete