GEORGE TOWN, 1 Sept 10: Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAIPP) mengambil tindakan drastik dalam isu khatib membaca khutbah Jumaat di Pulau Pinang dengan melarang semua masjid di negeri tersebut daripada mengundang khatib-khatib jemputan.
Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat majlis itu pada 26 Ogos lalu. Dalam pekeliling yang diedarkan awal minggu ini, Setiausaha MAIPP, Sazali Hussein berkata majlis memutuskan untuk melarang pihak pentadbiran masjid membawa mana-mana khatib jemputan bagi menyampaikan khutbah berkuat kuasa mulai 26 Ogos lalu. Menurut media semalam.
Larangan itu terpakai sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak, kata Sazali. Pekeliling itu ditandatangani oleh Sazali dan diedarkan kepada kesemua 212 masjid di Pulau Pinang.
Beliau yang juga Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang memberitahu, “khutbah hendaklah disampaikan oleh imam-imam yang telah dilantik atau yang diberi kebenaran oleh MAIPP.”
Bagaimanapun beliau tidak menyebut tindakan yang akan diambil jika peraturan itu diingkari. Tindakan ini dipercayai susulan isu khatib jemputan Zakaria Ahmad dari Taiping yang telah menyampaikan khutbah Jumaat sebelum ini di Masjid Padang Menora, Seberang Perai Utara.
Dalam khutbah tersebut Zakaria telah membacakan doa dalam khutbah kedua dengan memohon supaya hidayah diberikan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk menerima Islam.
Namun ia menjadi kontroversi ekoran kenyataan Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendakwa khatib tersebut telah menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dan Yang Dipertua Negeri ketika bacaan doa tersebut dengan nama Ketua Menteri.
Sehubungan itu, JAIPP turut memohon penjelasan Zakaria dalam pertemuan dengan Yang Dipertua MAINPP Elias Zakaria dan Sazali pada 24 Ogos lalu. Ekoran pertemuan itu, Zakaria mempertahankan tindakannya itu dan berkata, ia tidak salah di sisi agama.
Zakaria yang mengakui membaca doa tersebut turut mempertahankan tindakan beliau yang dilihat untuk kebaikan serta menjadi tanggungjawab seorang Islam untuk mendoakan bukan Islam mendapat hidayah tetapi bukan menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dan Yang Dipertua Negeri seperti didakwa Umno.
“Bagi saya, berdoa (untuk orang bukan Islam) itu tidak salah cuma cara berdoa dan tempat (ketika khutbah Jumaat) itu yang dikatakan menjadi kesalahan.
“Insya-Allah lepas ini saya tidak akan mendoakan lagi (di khutbah Jumaat) kalau hendak mendoakan pun di tempat lain,” katanya.
Zakaria menyifatkan isu berdoa itu adalah kecil tetapi telah diperbesarkan oleh orang politik dan beliau berterima kasih kepada MAIPP kerana memberi bimbingan kepadanya.Blog Ibnu Hasyim: Syabas Ustaz Zakaria Ahmad guruku (Guru Editor Blog Ibnu Hasyim) yang sering mengajar agama di rumahku, yang menjadi Markaz PAS Balik Pulau suatu masa dulu. Apakah MAIPP sudah ikut telunjukpengerusi UMNO Pulau Pinang?
Lihat sebelim ini..
hebat anta... 4 pagi dah post kat blog!
ReplyDeleteSemoga baki puasa di Ramadhan ini diberkati lebih dari Allah ke atas kita dan diampuni dosa semua Muslimun.
Salam bang mat...
ReplyDeleteSaya kira sudah sampai masa untuk dedahkan sikap sebenar YDP MAINPP trhadap Pakatan Rakyat PP, beberapa maklumat lisan mungkin boleh membantu, tapi bagaimana???
Kpd Redhuan,Alhamdulillah, lama tak jumpa?
ReplyDeleteKpd Anon..
Jila perlu e-mail kepada saya - ibnuhasyim@gmail.com , kita boleh bincang. As-salamu alaikum.
Anon,
ReplyDeleteTolong e-mail saya sekali lagi..
yang hari ini hantar terpadam...