Thursday, September 09, 2010

P.Pg: Pesta Hantu Lapar, Apakata Majlis Agama?


George Town 9 Sept 10: Jawatankuasa Masjid Kapitan Keling dan Masjid Acheh di Georgetown Pulau Pinang merayu bantuan Yang di-Pertuan Agong supaya mengarahkan pihak berkuasa yang terbabit segera menghentikan 'pencabulan' sambutan Pesta Hantu Lapar yang menganggu penduduk setempat.

Menurut jurucakap jawatankuasa itu, Mohideen Abdul Kader satu memorandum akan dihantar kepada baginda bagi mencari penyelesaian sebelum perkara itu menimbulkan masalah lain yang lebih besar.

“Acara yang dijalankan menyebabkan ketegangan kepada penduduk tempatan dan menganggu orang ramai khususnya golongan tua dan uzur,” katanya.

Menurut Mohideen lagi, bunyi muzik yang kuat itu juga menganggu umat Islam yang menunaikan solat di masjid berkenaan. Jawatankuasanya itu membuat rayuan kepada Agong kerana baginda adalah ketua agama di Pulau Pinang dan tidak mempunyai kepentingan politik atau peribadi dalam perkara itu.

"Persembahan itu tidak mempunyai signifikan budaya ataupun keagamaan tetapi hanya meniru budaya pop Barat,” katanya pada sidang akhbar yang juga dihadiri oleh 30 anggota qariah masjid. Beberapa pentas juga telah didirikan bagi meraikan pesta itu yang berakhir semalam. Ia didirikan tidak jauh daripada dua masjid yang bersejarah - Masjid Kapitan Keling dan Masjid Acheh yang terletak kurang 30 meter dari satu sama lain.


Sejak sebulan lalu, terdapat persembahan di mana gadis muda yang berpakaian menjolokkan mata menyanyikan lagu pop Cina, Inggeris, Melayu dan juga Hindi dengan iringan muzik yang medesingkan telinga.

Menurut Mohideen, agak malang aktiviti seumpama itu dibenarkan ketika Ramadan di mana umat Islam cuba menumpukan perhatian dalam menunaikan ibadat mereka. Beliau membidas pihak penganjur kerana tidak sensitif dan membelakangkan perasaan umat Islam.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Apa jadi dengan majlis agama Pulau Pinang?

(Sumber Malaysiakini/AK)

Ada kaitan..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails