Sunday, September 19, 2010

Projek Pusat Islam WTC N/York. Sidang Khas Hari Ini.

Usaha mendapatkan sokongan membina pusat Islam di kalangan masyarakat Islam Amerika Syarikat dilihat sukar - Gambar Reuters

NEW YORK, 19 Sept 1o: Sidang kemuncak pertubuhan-pertubuhan Islam dari Amerika Syarikat (AS) dijadual berlangsung di sini hari ini bagi mengambil pendirian mengenai projek pembinaan pusat Islam beserta masjid, yang berkontroversi, di kawasan berhampiran tapak Pusat Dagangan Dunia (WTC) ranap sembilan tahun lalu.

Pertemuan julung kali itu juga dijangka membincangkan sentimen anti-Islam yang tercetus dalam debat di seluruh Amerika Syarikat ekoran usaha membina pusat Islam 13 tingkat tersebut. Bagaimanapun tidak pasti sama ada sidang kemuncak itu akan mengeluarkan pendirian tegas berhubung ‘nasib’ projek pembinaan tersebut.

Dipetik Wall Street Journal Online hari ini, tujuan utama pertemuan hari ini ialah untuk membincangkan cara-cara menangani ketaksuban agama. Shaik Ubaid dari Majlis Kepimpinan Islam Metropolitan New York, salah satu kumpulan yang mengadakan pertemuan ini berkata, beliau yakin bahawa segelintir masyarakat Islam Amerika yang bimbang sebelum ini kini memperlihatkan sokongan ke atas projek ini.

“Selepas menjadi tumpuan bantahan kumpulan ekstremis, kami tiada pilihan kecuali menyokong Feisal Rauf,” katanya.

Feisal adalah imam bandar raya New York City yang mengetuai projek pusat Islam yang menjadi kontroversi sejak pertengahan tahun ini. Mereka yang dijangka mengambil bahagian dalam sidang kemuncak hari ini ialah Persatuan Islam Amerika Utara, Lingkaran Islam Amerika Utara, Pakatan Muslim Amerika Utara dan Majlis Hubungan Amerika Islam.

Pertemuan sulit juga dijadual berlangsung berhampiran sebuah hotel berdekatan dengan Lapangan Terbang Kennedy. Kumpulan itu dijangka mengadakan sidang media di lokasi pusat Islam ini dibina, esok. Usaha mendapatkan sokongan membina pusat berkenaan di kalangan masyarakat Islam Amerika Syarikat dilihat sukar.

Disebabkan kepelbagaian etnik dan keturunan mereka didakwa jarang bercakap dalam “satu suara”. Bagaimanapun selepas seorang pastor dari Florida mengancam untuk membakar al-Quran, masyarakat Islam yang didakwa berpecah sebelum ini melahirkan sokongan kepada usaha membina pusat ini.

“Saya merasakan kebanyakan umat Islam di luat New York City lebih risau mengenai pertembungan agama berbanding projek pembinaan pusat, yang kebanyakan daripada mereka tidak akan mendapat manfaat secara langsung,” kata Shahed Amanullah, ketua pengarang bagi kebanyakan laman web bertemakan Islam.

“Sokongan akar umbi semakin meningkat,” katanya sambil menambah, ia kemungkinan besar kerana persekitaran serong tentang Islam sejak kebelakangan ini.

Lokasi pusat Islam itu terletak dua blok dari tapak WTC yang menjadi sasaran serangan pengganas 11 September 2001. Sejak lebih sebulan lalu wujud protes agar projek itu dipindahkan ke tempat lain.

Feisal sebelum ini meminta agar pusat Islam 13 tingkat ini dibuka kepada pengikut semua agama dan kepercayaan manakala peneraju projek, pemaju hartanah Manhattan Sharif El-Gamal menekankan tentang elemen bukan keagamaan termasuk kemudahan kelab kesihatan dan sekolah masakan di pusat tersebut yang bakal menelan kos lebih RM100 juta.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Pesan ulama Islam mutakhir...

Satu
: "Sejarah membuktikan apabila takanan ke atas Islam itu semakin meningkat kuat, itulah antara tanda-tandanya Islam akan bangkit dan akan menyerlahkan kemenangannya."

Dua
: "Kalau perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan (Islam) disambut dengan permaidani merah (baik) oleh musuh Islam (kebenaran dan keadilan), maka siasatlah tentulah ada salah dan tidak kena dalam perjuangan tersebut.

Sekian.

Dapatkan 5 buah buku e-buku IH percuma! Klik di sini..

2 comments:

Pak Oncu said...

Bro,, just wanna ask u,, siapa di belakang tabir yg mahu kan masjid di bina di ground zero tu,,,,,,,, cuba cuba lah buek sdikit penyelidikan,,,,,,,, ada maklumat dan artikel yg gua baca, zionis yg beriya iaya sangat nak bina masjid di situ,,, APA KAH MUSLIHAT MEREKA ITU ???

Anonymous said...

mudah saja nak tau siapa belakang tabir. bila media anti islam tukang promosi masjid ini mesti ada udang sebalik batu.

kena ingat banyak pertubuhan islam ditaja oleh anti islam !

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails