Wednesday, September 29, 2010

PRU 13, 6 Bulan Lagi -Kit Siang


SHAH ALAM 29 Sept 10: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang memalu gendang pilihan raya apabila mengingatkan Pakatan Rakyat supaya bersiap sedia menghadapi PRU ke-13 yang akan diumumkan seawal-awal enam bulan dari sekarang.

Ini berdasarkan kepada gesaan Menteri Besar 'Mahkamah' Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang menyeru semua komponen Barisan Nasional membuat persediaan bagi mengadapi kemungkinan PRU mengejut awal tahun depan.

"DAP dan Pakatan Rakyat mesti bersedia dari sekarang untuk menghadapi PRU-13 dalam masa enam bulan lagi," kata beliau semasa berucap pada majlis Hari Keluarga dan Pesta Makanan DAP Canning di Dewan Bulan Sabit, Ipoh Sabtu lalu.

Kit Siang berkata dalam tempoh 18 bulan menjadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah melancarkan tiga inisiatif iaitu dasar 1 Malaysia, Model Ekonomi Baru serta Program Transformasi Ekonomi (PTE) RM1.4 trilion yang mensasarkan ekonomi nilai tambah yang tinggi menjelang 2020.

"Bagaimanapun kesemua langkah besar Najib telah gagal untuk dilaksanakan melihat kepada respons lemah Bursa Malaysia terhadap PTE.

"Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) tutup 1,469 poin pada hari Isnin, meningkat 6.30 mata kepada 1,475.99 pada hari Selasa apabila PRE dilancarkan. Tetapi menjelang penghujung minggu dagangan pada hari Jumaat, KLCI jatuh 28.80 mata kepada 1,451.19 poin.

"Terlalu sedikit keyakinan rakyat terhadap PTE setelah dua inisiatif Najib diserang dan seterusnya dimusnahkan.

"MEB yang dilancarkan pada 30 Mac lalu diserang bertubi-tubi sehingga Najib terpaksa menjarakkan dirinya dengan mengatakan MEB bukanlah keputusan muktamad kerajaan tetapi sekadar usaha percubaan sekumpulan pakar yang melihat dari perspektif global!," jelas Ahli Parlimen Ipoh Timur itu.

Tambah beliau, dalam kedua-dua perkara, individu yang mengetuai serangan terhadap program Najib tidak lain tidak bukan adalah mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan beliau tidak faham konsep 1 Malaysia dan kesan buruk MEB jika dilaksanakan.

Kata Kit Siang lagi, dasar 1Malaysia umpamanya masih belum dibuktikan sebagai polisi negara yang mengamit komitmen penuh serta kesetiaan daripada anggota Kabinet Najib dan pentadbiran kerajaan sendiri.

Ini terserlah apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan secara terbuka bahawa beliau 'Melayu dahulu, rakyat Malaysia kemudian' dan hanya satu sahaja Menteri Kabinet, Datuk Seri Nazri Aziz yang bersedia menyatakan sebaliknya sejak 18 bulan lalu.

"Terbaru, Mahathir meningkatkan retoriknya mengenai bangsa dan agama malah memberi amaran orang Melayu akan kehilangan kuasa jika Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan.

"Ini adalah kemuncak sikap tidak bertanggungjawab daripada seorang yang telah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun dan mewar-warkan konsep Bangsa Malaysia seiring dengan Wawasan 2020.

"Jika Pakatan Rakyat berkuasa yang akan hilang kuasa dan pengaruh ialah golongan Umnoputra sementara rakyat Malaysia terbanyak - Melayu, Cina, India, Kadazan dan Iban akan diperkasakan," tegas beliau lagi.

Kit Siang juga berkata Dr Mahathir telah menyerang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin melalui kempen tidak beretika dan tidak jujur dengan memburuk-burukkannya hanya kerana beliau adalah Menteri Besar Pakatan Rakyat yang popular sebelum rampasan kuasa haram Umno-BN.

Malah Dr Mahathir menunuduh Mohammad Nizar sebagai alat DAP dan mendakwa pentadbiran Nizar dianggap kerajaan negeri Cina oleh masyarakat Cina di Malaysia.

"Ini adalah satu tuduhan yang amat tidak berasas kerana tidak ada siapa pun yang menganggap kerajaan negeri Pakatan Rakyat Perak sebagai pentadbiran Cina - ia adalah kerajaan negeri rakyat Malaysia dan diterima baik oleh semua kaum di negeri ini.

"Cara Mahathir memfitnah Nizar sama sepertimana beliau memburuk-burukkan Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman lebih 40 tahun dahulu, yang mana akhirnya Mahathir terpaksa meminta maaf dari Tunku.

"Sebagai bekas Perdana Menteri, Mahathir sepatutnya berhenti daripada mengamalkan politik perkauman dan agama," kata beliau lagi. (Suara Keadilan)

Lihat pandangan dan analisis pilihan raya kecil DUN Galas..

2 comments:

  1. Sokong!!! sememangnya PR perlu bersedia untuk next general election!!!

    DAP akan lead PR nanti, memandangkan PKR dah tunggang langgang sekarang ni. PAS pulak parti PR paling kecik di Parlimen. PKR & PAS perlu beri kerjasama penuh kepada DAP.

    HIDUP PAKATAN RAKYAT!!!

    HIDUP LIM KIT SIANG!!! BAKAL PERDANA MENTERI KE-7!!!

    Mahathir, you boleh tutup mulut tak??? tak habis2 bangkit isu perkauman. MALAYSIAN FIRST, MALAY SECOND!!! Ada faham???!!!

    NO MORE SO-CALLED 'KETUANAN MELAYU'. Orang Cina & India bukan hamba kepada Melayu di negara ini. Apa perlunya Keretapi Tanah MELAYU? Rejimen Askar MELAYU Di Raja? Why dont just use Malaysia???

    Remember, MALAYSIAN FIRST!!! MALAY SECOND.. No more racist issue.. Non-Malay should be given opportunity to become PM if PR win in the next election!!! Since DAP have the biggest seat in Parliament!!!

    ReplyDelete
  2. Lim Kit siang tak pernah perkauman. Beliaulah yang bersusah payah defend Namewee @ Wee Meng Chee apabila UMNO/BN menuduh yg bukan2 terhadap video klip yg dibuat oleh rapper Cina ini. Video2 Namewee langsung takde unsur racist. Hanya juak2 UMNO/BN saje yg gembar gemburkn fitnah yang bukan2. Dasar munafik UMNO ni!!!

    Lim Kit Siang jugaklah yang mendesak agar TPM percepatkn hukuman buang kerja terhadap dua Pengetua Melayu yang keluarkn kenyataan racist pada pelajar bukan Melayu. Nak buat siasatan apa lagi??? buang je terus 2 Pengetua Melayu tu. Autar lebih jek TPM UMNO/BN ni kata tak ada kuasa la, bawah bidang kuasa JPA la... Keadilan perlu diberikan kepada pelajar2 Cina & India yang dihina tu!!!

    HIDUP LIM KIT SIANG!!!

    THE NEXT PRIME MINISTER!!!

    SOKONG DAP!!!

    SOKONG PAKATAN RAKYAT!!!!

    Mati UMNO!!!
    Mati MCA!!!
    Mati MIC!!!
    Mati Gerakan!!!

    ReplyDelete