Namun paderi Ouyang Wen Feng tidak mengalah dalam menghadapi tindakan kerajaan dan pemimpin agama untuk mengagalkan rancangannya itu. Homoseksual adalah satu jenayah di Malaysia dan boleh dihukum sehingga 20 tahun di penjara.
Menurut laporan AFP, gereja yang ditubuhkannya itu beroperasi secara senyap di pinggir Kuala Lumpur sejak tiga tahun lalu dan menarik sekumpulan penganut Kristian 'gay' pada setiap Ahad dan menghadiri kelas mempelajari kita 'Injil'.
Tindakan Ouyang ini adalah hanya satu daripada tindakan beberapa pergerakkan yang berjuang untuk hak komuniti 'gay' di negara ini yang mahu hak mereka dihormati.
"Kita cuba menggalakan lebih ramai orang menyertai gereja kami,- bagi masyarakat Kristian untuk ke depan dan hidup secara semula jadi,” katanya yang sebelum ini pernah berkahwin selama sembilan tahun sebelum mengumumkan bahawa beliau juga seorang homoseksual pada tahun 2006.
"Sama ada seseorang itu 'gay' atau 'straight' atau 'dwi-seksual' - ini adalah orientasi seksual, ini bukan sesuatu yang kita lakukan yang men jadikan kita seseorang 'gay'.”
Ouyang berkata gerejanya juga menerima mereka yang 'dwi-seksual' dan kumpulan 'mak nyah' serta 'hetero-seksual' dan mahu golongan itu memahami bahawa mereka “tidak keseorangan dalam perjuangan mereka.”
Komen Blog Ibnu Hasyim: Berdegar-degar kita dengar pemimpin UMNO mengecam orang bukan Islam masuk surau atau masjid. Kita tak dengar mereka mengecam puak-puak maknyah tubuh gereja, sedangkan homoseksual adalah suatu jenayah di Malaysia. Mana suara PERKASA?
5 comments:
UMNO akan bising seandainya orang bukan Islam cuba untuk berjinak-jinak dengan Islam setelah apa yang mereka lihat dan dengar tentang Islam dari muslim kulit dan muslim hati.
Cukuplah menyalahkan UMNO kerana UMNO memang pihak yang bersalah. Umpama menyalahkan pencuri yang memang kerja mereka mencuri.
Lebih baik berikhtiar untuk menangkap pencuri.
Cukuplah buat sesuatu kerana manusia @politik atau apa sahaja.
Buatlah sesuatu kerana Allah dan rasul untuk manusia. Inilah kunci kejayaan.
buka mata buka hati
apa yang utama?
Allah dan rasul atau parti
Parti ni alat untuk menegakkan kalimah ALLAH di bumi Malaysia ni nyoi..bukan saje2 perjuangkan parti
Gay bukannya Maknyah. Sila guna istilah yang betul kalau hendak diambil serius oleh orang lain
T.kasih komen anda. Terutaman komen yang akhir sekali..
Post a Comment