Wednesday, September 01, 2010

Salahkah Linda Onn Pegang Sepanduk Di Mekah?

HALAMAN HIBURAN

Linda Onn bersama jemaah ketika mengerjakan umrah pada Jun lalu. Gambar Linda bersama sepanduk ini disindir penulis pojok Siti Jarum menyebabkan Linda berasa terkilan. Gambar ihsan blog Linda Onn.

PETALING JAYA: Penyampai radio Suria FM, Linda Onn terkilan dengan laporan sebuah akhbar Ahad lalu, yang kononnya mendakwa pemergiannya ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan umrah dari 15 hingga 25 Jun lepas seperti hendak menunjuk-nunjuk.

Linda menerusi blognya yang disiarkan pada Isnin lalu berkata tuduhan itu amat mengguris hatinya kerana pemergiannya ke Tanah Suci Mekah adalah ditaja oleh syarikat pelancongan Gemilang Travel yang menjalinkan kerjasama dengan stesen radio Suria FM.

Katanya, sepanjang berada di Mekah, Linda menjalankan tugasan dengan melaporkan segala perkembangan mengenai rombongan tersebut yang mana ia merupakan perjanjian yang telah dimeterai di antara stesen radio itu sebagai radio rasmi dengan ejen pelancongan berkenaan.

“Linda diberi tugasan membuat liputan perjalanan sebelum berangkat, semasa berada di Madinah, Mekah sehinggalah perjalanan pulang Linda ke Malaysia. Semua itu merupakan perjanjian di antara Gemilang Travel dan juga Suria FM.

“Sepanjang mengikuti rombongan itu Linda membuat lintasan secara langsung sebanyak dua kali sehari bagi mempromosi syarikat berkenaan,” katanya dalam blog tersebut.

Ahad lalu ruangan pojok Siti Jarum di dalam Pancaindera, Mingguan Malaysia telah menyindir Linda Onn yang bergambar dengan memegang sepanduk tertulis “Umrah Bersama Linda Onn” seperti memberitahu dia berjaya mengerjakan umrah.

Tindakan itu kata Siti Jarum seperti pendaki yang biasanya memegang sepanduk setiap kali berjaya menawan puncak gunung.

Mengenai tindakannya bergambar dengan memegang sepanduk itu kata Linda ia dibuat bukan atas kehendak dia sebaliknya sepanduk itu disediakan oleh ejen pelancongan atas dasar mempromosikan syarikat mereka.

Ujar Linda sudah beberapa kali dia mengerjakan umrah tetapi tidak pernah pun membawa sepanduk melainkan untuk rombongan umrah anjuran syarikat pelancongan berkenaan.

Katanya, dia tidak sedikit pun terlintas untuk memberitahu telah berjaya melakukan umrah dengan memegang sepanduk itu.

“Bila diminta bergambar sebagai duta kecil, Linda pun bergambar beramai-ramai dengan jemaah yang lain dan tidak terniat untuk menjadikan ia sebagai pengesahan yang Linda berjaya melakukan umrah,” katanya. (AK)

6 comments:

Anonymous said...

Salam...
Apa yang penting adalah niat, jika baik niat maka apa yang terjadi adalah "bonus", tambah pula di bulan yang penuh keberkatan lagi mulia ini...

Anonymous said...

buat apa kau layan....namenye jarum....mencucuk aje kerjanya...

ole blogger said...

Asm...cuma bila dah banyak kali buat umrah tu belajar-belajar lah menutup aurat supaya ibadah yang dilakukan tidak sia-sia

Negarakuku said...

Alaaaa Siti Jajum,
Kau jangan lah dengki....
itu hari turn Linda....

Mungkin next turn kau pulak yang jadi dutanya....

Biasa la tu....itu promosi syarikat namanya.

Next turn mungkin diletakkan nama "UMrah bersama Siti Jarum" pulak.

aiman said...

Siti Jarum ini siapa ?
kalau ikut kata En Mazidul, penulis hiburan yg menggunakan nama samaran adalah pengecut. Jika berani, gunalah nama sebenar. Penulis hiburan pengecut hanya berani menulis berita palsu disebalik komputer.

Respek sama En Mazidul.

zul said...

Salam, talk is free sister. amalkan talk yang berfaedah lagi baguih. Peduli apa orang cakap, buat le banyak2 Umrah tu. Insya Allah, nanti dapat jemputan Allah buat Haji pulak boleh le dapat title Cik Hajjah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails