TUANKU Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra (gambar) dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru berkuat kuasa hari ini. Pengisytiharan pemasyhuran itu diumumkan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Balai Rong Seri Istana Balai Besar di Kota Bharu pada jam 12.30 tengah hari ini.
“Maka dengan ini diisytiharkan mengikut perkara 29 A undang-undang tubuh kerajaan negeri Kelantan melantik dan mengesahkan Pemangku Raja Kelantan menaiki takhta menggantikan ayahanda baginda berkuat kuasa hari ini.
"Padanya, sekalian hamba rakyat mengaku taat setia dan kasih mesra dan kepada Allah SWT Yang Maha Kuasa dipohon taufiq dan hidayah ke atasnya, semoga Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Kelantan Darulnaim dan seluruh jajahan takluknya memerintah di atas takhta Kerajaan Kelantan, dan memandu negeri dan rakyat sekalian merasa aman sentosa, mewah, makmur, kebajikan serta menaungi," katanya.
Nik Abdul Aziz juga berkata majlis pertabalan akan didakan 'tidak lama lagi'.
Katanya, Majlis Perajaan negeri yang bersidang pada jam 9 pagi di Pejabat SUK, Kota Darunaim, Kota Bharu telah membuat keputusan bersetuju memilih, melantik dan mengesahkan Tengku Faris menjadi Raja memerintah, menaiki takhta Negeri Kelantan dan Jajahan takluknya bagi menggantikan Tuanku Ismail Petra berkuatkuasa pada hari ini.Keluarga diraja termasuk Tengku Bendahara Tengku Muhammed Faiz Petra dan dua kekanda sultan - Tengku Rozan Petra dan Tengku Salwani Petra serta ahli dewan undangan negeri dikatakan telah berkumpul di Istana Balai Besar in Kota Bharu seawal jam 11.30 pagi bagi upacara itu.
Menurut sumber, Sultan Ismail Petra Yahya Petra, Raja Perempuan Kelantan Tengku Anis Tengku Hamid dan putera ketiga banginda - Tengku Muhammad Fakhry tidak hadir. Sultan Ismail Petra telah gering lebih setahun dan Tengku Faris menggunakan Artikel 23A, undang-undang perlembagaan tubuh kerajaan Kelantan (bahagian kedua) untuk menduduki takhta negeri. Undang-undang itu menyatakan seorang pengganti hendaklah dipilih dan dilantik oleh Majlis Perajaan Negeri untuk menjadi Raja, jika mereka berpendapat bahawa Raja yang ada mempunyai apa-apa kecacatan yang besar dan berat yang menyalahi sifat-sifat Raja, yang tidak dibenarkan oleh hukum Syarak untuk menjadi Raja.
Ketika dihubungi, Pengelola Istana Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad enggan mengulas tetapi berkata butirannya akan didedahkan pada sidang akhbar di istana Kubang Kerian pada jam 2 petang ini. Beberapa ADUN berkata mereka diarahkan hadir memakai baju Melayu hitam tetapi tidak dimaklumkan sebab untuk berbuat demikian. “Kami hadir kerana dijemput tetapi tiada butiran yang diberikan,” kata timbalan speaker dewang undangan negeri Kelantan, Mohamad Zaki Ibrahim, ketika dihubungi.Sementara itu Bernama melaporkan tiada Persidangan Dewan Undangan Khas Negeri Kelantan diadakan hari ini yang dipercayai berkaitan dengan pemasyhuran Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan. Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Halim Hamad ketika dihubungi berkata, majlis yang diadakan di Kota Darulnaim, pejabat pentadbiran negeri hari ini adalah majlis jamuan raya dan bukannya sidang dewan.
Mereka ditunjukkan sekeping surat oleh pengawal dari Unit Protokol Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan yang tidak membenarkan sebarang liputan dibuat. Sebelum ini, dilaporkan bahawa Pemangku Raja Kelantan akan dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan hari ini setelah lebih setahun menjadi Pemangku Raja. (AK)
Lihat ini...
Padanya, sekalian hamba rakyat mengaku taat setia dan kasih mesra dan kepada Allah SWT Yang Maha Kuasa dipohon taufiq dan hidayah ke atasnya, semoga Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Kelantan Darulnaim dan seluruh jajahan takluknya memerintah di atas takhta Kerajaan Kelantan, dan memandu negeri dan rakyat sekalian merasa aman sentosa, mewah, makmur, kebajikan serta menaungi," katanya.
ReplyDeleteSementara itu Bernama melaporkan tiada Persidangan Dewan Undangan Khas Negeri Kelantan diadakan hari ini yang dipercayai berkaitan dengan pemasyhuran Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan. Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Halim Hamad ketika dihubungi berkata, majlis yang diadakan di Kota Darulnaim, pejabat pentadbiran negeri hari ini adalah majlis jamuan raya dan bukannya sidang dewan.
ReplyDeleteMereka ditunjukkan sekeping surat oleh pengawal dari Unit Protokol Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan yang tidak membenarkan sebarang liputan dibuat. Sebelum ini, dilaporkan bahawa Pemangku Raja Kelantan akan dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan hari ini setelah lebih setahun menjadi Pemangku Raja. (AK)
ReplyDelete