Saturday, September 04, 2010

Sokong MP Serdang, Polemik Masuk Masjid, Perlebar.

Teo Nie Ching menyampaikan ucapan pada Majlis Mesra Bersama Rakyat Surau At-Tholabiah, Sungai Ramal Luar malam tadi. — Gambar oleh Choo Choy May

KL, 4 Sept 10: Blog Ibnu Hasyim bersetuju bahawa kontroversi surau yang tercetus dua minggu lalu ada hikmah tersendiri kepada semua pihak selain membuka kepada debat baru mengenai aspek bukan Islam memasuki kawasan masjid dan surau, seperti yang dinyatakan oleh Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching semalam.

Teo yang beragama Kristian mengatakan, apa yang penting ialah seseorang itu perlu memegang pada kepercayaan masing-masing, yang tidak akan menggugat agama yang mereka percayai.

“Apabila saya ke surau, ada yang bertanya saya, ‘bila nak jadi masuk Islam?’ Saya hanya senyum,” kata Teo kepada The Malaysian Insider, seperti yang dilaporkan. Malah kata Teo, beberapa rakannya juga melahirkan kebimbangan bahawa beliau mungkin akan ditekan atau dikenakan ilmu hitam agar memeluk Islam.

“Kita kena berfikiran terbuka,” katanya. “Anda kena yakin dengan kepercayaan anda. (Saya yang beragama Kristian), jika percaya pada Nabi Isa, mengapa takut akan ditundukkan oleh ilmu hitam,” tambah Teo.

Teo memang akui pengetahuan beliau adalah begitu sempit tentang Islam sebelum menjadi wakil rakyat dua tahun lalu. Bagaimanapun merasakan insiden yang berlaku ini memberikannya peluang untuk lebih memahami Islam.

“Dari sini, saya rasa Islam sebenarnya adalah lebih terbuka macam Tok Guru (Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Aziz) berkata dan saya setuju dengan beliau apabila kata Umno selama ini telah gunakan isu agama sehingga orang bukan Islam takut kepada Islam, malah orang Islam sendiri juga, pandangan mereka tentang Islam juga kurang tepat.

“Ini tidak baik untuk Islam sendiri kerana apabila orang bukan Islam tengok Islam mereka juga rasa takut. “Tok Guru cakap untuk menjadikan masjid lebih inklusif, semua orang patut dibenarkan masuk bagi mengurangkan masalah perkauman,” kata beliau yang mengadakan pertemuan dengan Nik Aziz di ibu negara pada Isnin lalu.

Mengenai pakai selendang, Teo yang berusia 29 tahun itu merasa hairan, mengapa ia menjadi isu apabila memakai pakaian orang Melayu. Menurutnya, skarf bukan ekslusif untuk orang Islam sahaja tetapi untuk semua. “Saya rasa ini hanya persepsi kerana salah faham, jadi kita perlu lebih terbuka untuk atasi perkara ini,” katanya.

Teo juga menganggap isu kontroversi semasa ini sebagai satu rahmat kepada dirinya dan juga kepada negara, malah ia boleh jadi satu pendebatan baik sama ada orang bukan Islam dibenarkan masuk ke masjid dan surau.

Menurut editor blog Ibnu Hasyim, "Perbincangan dan perdebatan mengenai hal ini perlu diperlebarkan, supaya masyarakat Malaysia yang berbagai kaum tahu dan mengenal Islam bukan dari sumber yang salah. Bukan dari pemimpin-pemimpin UMNO yang jelas menolak Islam dalam pemerintahan. Bukan seperti yang tercatat dalam perlembagaan, Islam adalah agama Persekutuan."

by ASYOK KUMAR

Teo Nie Ching dapatkan penjelasan Nik Aziz

<div class="yt-alert yt-alert-error yt-alert-player yt-rounded"> <img src="http://s.ytimg.com/yt/img/pixel-vfl73.gif" class="icon master-sprite" alt="Alert icon"> <div class="yt-alert-content"> You need Adobe Flash Player to watch this video. <br> <a href="http://get.adobe.com/flashplayer/">Download it from Adobe.</a> </div> </div>

4 comments:

Acinetobaxter said...

Saya mmg sgt2 prejudis dgn keiklhasan Parti Ultra Kiasu DAP dan ahli-ahlinya. Benarkah mereka ini benar-benar ikhlas untuk bersatu atau hanya mengambil kesempatan dan bermanis muka untuk mengambil hati...ibarat peniaga cina yang pandai, cakap manis sikit, orang melayu pun beli...dan mereka tak perasan dan peduli pun, mereka telah ditipu...

soal masuk masjid, tak jadi isu...tapi tujuan dan keiklhasan masuk masjid itu, yang menjadi persoalan..

Redhuan D. Oon said...

Ini semua menunjukkan berkat pemerintahan ayng dipimpin PAS dan TGNA dimana orang bukan Muslim dapat merasakan keadilan Islam yang lebih berkat dan terbuka. Mudah-mudahan mereka berpeluang mengenal Islam dengan lebih dekat dan lapang dada untuk memeluk Islam akhirnya.

Setakat ini ramai orang Cina keberatan kerana terlalu banyak fitnah terhadap kesucian Islam dari kalangan orang yang bernama Islam.

Anonymous said...

wahai acinobaxter... ko petikaikan keikhlasan orang watpe??? so pe cara nya nak tau ikhlas ke tak?? kita asik tanam prasangka je kat orang, sampai bila?? abis to ko ikhlas ke bagi pandangan ni??ke kena bayar??

Anonymous said...

ACINETOBAXTER,
Kenapa ko tak tanya orang yang mengaku Islam mempermainkan ISlam macam Rosmah dan Sharizat yang tak pakai tudung?
Kenapa ko tak kata depa ni munafik?
Masuk mesjid pakai semi pro? Bukan ke mempermainkan Islam?
Kalau tudung pun pakai main-main jer apa nak diharapkan selain memang macam perangai munafik?
Di luar mesjid pulak Sharizat dan Rosmah jalan kat Delhi confirm orang kata kafir sebab tak bertudung macam kafir. Sama macam MP Serdang.
So apasal tak bising?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails