Sunday, September 05, 2010

Tangguh Bina Surau Kerana Tak Lalui UMNO Cawangan.

Gambar atas: Mohamad Ayob bersama Faizal di depan surau. Bawah: Ruang luar surau.

IPOH, 5 Sept 10: Malu sungguh, kerajaan BN negeri Perak, yang merampas kuasa dari Pakatan Rakyat memerintah dengan sogokan pembangunan kononnya, tetapi keperluan dan pembangunan umat Islam diabaikan. Lebih malu lagi bila pembangunan terpaksa ditangguh hanya kerana permohonan tidak melalui UMNO cawangan tempatan.

Buktinya, surau ini, sudah tiga tahun penghuni di Taman Klebang Prima, Chemor merintih sedih apabila mengenangkan surau sementara yang sempit dan tidak cukup selesa dijadikan tempat sembahyang berjamaah. Surau Al Makruf terpaksa menggunakan rumah sewa kecil RM200 sebulan, disambungkan kanopi dan dibalut dengan plastik.

Di sinilah ahli jamah solat tarawih dan mendengar tazkirah Ramadhan dengan bersesak-sesak dan tidak selesa. "Penduduk di sini dianggarkan 2,500, 90 % Melayu Islam, tetapi beginilah surau ini, jemaah merasa tidak cukup selesa." ujar pengerusi Surau Al-Makruf, Mohamad Ayob Saad. "Penduduk di sini memerlukan sebuah surau baru."

Menurut beliau lagi, lokasi tapak pembinaan surau baru telahpun dikenalpasti iaitu di lot PT 199628 di Taman Medan Klebang Pima, Chemor dengan keluasan 1364 meter persegi dan anggaran pembinaan surau itu kira kira RM300,000.

"Adun Manjoi, Datuk Nazri Ismail sendiri telah melawat tapak surau baru tersebut pada 11 November 2009 dan beliau sendiri dalam suratnya kepada Pengarah Pembangunan Negeri bertarikhn 28 Disember 2009 menyokong penuh permohonan untuk membina surau di sini," jelasnya.

Menurut timbalan pengerusi surau tersebut, Mohd Ahmad Fuad Zakaria, Ahli Parlimen Tambun yang juga Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Husni Hanazlah, ketika merasmikan mesyuarat Umno cawangan Klebang Prima menyebut peruntukan RM250,000 untuk pembinaan surau di sini.

Apa yang menyedihkan penduduk di sini khasnya jemaah surau, kata Mohamad Ayob bila menerima surat dari Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri memaklumkan permohonan membina surau baru di Taman Medan Klebang Prima tidak dapat dipertimbangkan, kerana peruntukan projek tahun 2010 tersebut adalah terhad, tumpuan hanya diberi kepada projek yang mendesak sahaja.

"Sedih hati kami di sini bila peruntukan pembinaan surau baru tidak dapat dipertimbangkan. Menurut Mohamad Ayob ada `tangan-tangan ghaib' yang menghalang peruntukan itu diberikan kerana permohonan pembinaan surau itu dikatakan tidak melalui Umno cawangan di sini.

Sehubungan itu, beliau berharap para dermawan dan mereka yang bersimpati dapat menghulurkan sumbangan bagi membolehkan surau baru di kawasan itu dapat dibina dan menjadi kenyataan. Sebarang sumbangan boleh dimasukkan ke dalam akuan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) , nombor akuan 08013010075546 atas nama Surau Al-Makruf Medan Klebang Prima. (2MA)

1 comment:

Abu Nafis said...

Masjid Kledang, di Ipoh dapat peruntukan RM 16 juta... buat rumah kedai. Menurut maklumat Husni bagi guna duit federal. Sebab itu UMNO kuat. kan lebih baik guna untuk perkara yang seperti artikel ni.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails