Monday, September 06, 2010

Tangguhkan Pembahagian Wang Royalti K'tan -Husam

KOTA BHARU, 6 Sept 10: Kerajaan Pusat perlu menangguhkan pembahagian wang ihsan seperti yang diagihkan sekarang sehingga tuntutan Kerajaan Negeri ditentukan oleh Mahkamah ataupuh tidak. Ujar Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa, dalam satu kenyataan sebagai merujuk kepada kenyataan Datuk Dr. Awang Adek dalam akhbar Sinar Harian semalam.

“... Kerajaan Pusat perlu menangguhkan pembahagian wang ihsan itu sehingga tuntutan Kerajaan Negeri ditentukan oleh Mahkamah atau tidak, saya berpendapat itulah cara yang bersopan dan menghormati proses Mahkamah,” ujarnya.

Wang yang diagihkan, katanya seperti kata PM di Parlimen, adalah dari kawasan pengeluaran petroleum Blok PM 301. Ia ikut terlibat dalam tuntutan saman oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Jika Kerajaan Negeri menang, katanya bermakna Kerajaan Pusat perlu menggantikan semula wang itu. Justeru, tambahnya, jika Kerajaan Pusat begitu baik hati dan ingin terus membantu rakyat, gunalah wang lain dahulu sementara kes ini selesai dan gunalah sedikit sebanyak kedudukan di Kementerian Kewangan untuk jumlah sekecil itu.

Katanya lagi jika Kerajaan Negeri Kelantan terpaksa memfailkan permohonan tahanan sementara terhadap aktiviti itu, ia hanya bermakna Kerajaan Negeri mengambil langkah menyempurnakan proses Mahkamah bagi mempastikan kedudukan sebenar isu ini dapat ditentukan.

“Insya Allah, jika Kerajaan Negeri berjaya dalam tuntutan ini, Kerajaan Negeri boleh meneruskan pembahagian wang ihsan tersebut dan mungkin jumlahnya adalah jauh lebih besar dari langkah bidan terjun dan tempias yang dilakukan sekarang.

Sebelum itu beliau menyebutkan, pembayaran wang ihsan membelakangkan kehendak perjanjian dan peruntukan undang-undang menghalang pembayaran wang royalti yang terhak kepada negeri Kelantan seperti kehendak Akta Pembangunan Petroleum 1974 dan perjanjian penyerahan hak petroleum Negeri Kelantan kepada Petronas 1975, boleh menimbulkan berbagai salah guna kuasa dan penyelewengan.

3 sebab-sebab salah guna kuasa dan penyelewengan yang digariskan beliau adalah seperti berikut:

Satu: Melalui amalan pembahagian wang ihsan, tidak ada siapa boleh mengesahkan berapakah jumlah sebenar wang yang patut dibayar. Adakah jumlahnya sebegitu kecil sedangkan pengeluaran petroleum yang melibatkan perairan Kelantan adalah amat besar. Jumlahnya bukan jutaan seperti yang diagihkan atas nama wang ihsan tetapi ribuan juta setiap tahun.

Melalui pembayaran wang royalti, Kerajaan Negeri boleh menuntut angka pengeluaran sebenar dan jumlah yang terhak untuk rakyat Kelantan yang sudah tentu jauh lebih besar dari apa yang diagihkan sekarang. Kerajaan Negeri berhak mengaudit dan mengetahui jumlahnya sebenar.Rakyat Kelantan tidak harus tertipu dengan jumlah sebenar yang layak dan terhak untuk mereka melalui amalan 'wang ihsan'.

Kedua: Mengapa selama ini wang ihsan tidak diagihkan? Hanya selepas Kerajaan Negeri menyuarakan tuntutan ini, Kerajaan Pusat memulakan pengagihan ini. Di mana wang yang diterima sebelum ini dibelanjakan? Siapa yang mendapat faedah darinya? Kenapa Datuk Dr. Awang Adek tidak mengambil inisiatif membahagikannya sebelum kami menuntut? Adakah ini bukan politik? Adakah ini telus?Jika Kerajaan Negeri tidak menuntut, maka wang minyak itu lesap entah ke mana sampai hari ini? Nasib baik kita menuntut, tumpah juga kuah walaupun dicebuk dari khazanah kita sendiri.

Ketiga: Siapa yang menentukan penerima adalah layak dan tanpa prejudis politik? Jika Kerajaan Pusat ikhlas, mereka boleh menyalurkan wang itu kepada Perbendaharaan Negeri seperti kehendak undang-undang dan jika Kerajaan Pusat bermatlamatkan untuk menyampaikan kepada mana-mana golongan, ia sudah tentu boleh dirundingkan dengan Kerajaan Negeri.

Akhirnya, kata Datuk Husam, “Sama kita doakan kejayaan tuntutan ini supaya hak yang terhak dengan jumlah yang begitu besar akhirnya dapat dinikmati secara sah dan halal oleh semua rakyat Kelantan, lambat atau bangat,” katanya. (Sumber Harakah/AK)

3 comments:

Hazwan Khalid said...

http://ibnu-khalid.blogspot.com/2010/09/sampul-duit-raya-ada-lambang-salib.html

Anonymous said...

https://www.blogger.com/comment.g?blogID=3721270538691005963&postID=5336483794953371595

Saudara Ibnu Hasyim, setelah membaca komen Dato' Husam Musa di atas, bukankah antara matlamat-matlamat syariah termasuk memelihara harta? Bukankah ini juga sewajibnya dipelihara dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia?

Hakimi bin Abdul Jabar
Johor, Malaysia

Anonymous said...

It is a political hot potato that a relationship the they marijuana cultivar seeds have a distinct smell to them. You will find traces of marijuana use like cigarette teens whether we may see it legalized in general in 2011. [url=http://vaporizerdiplomat.org/]pax by ploom[/url] [url=http://thevapehustle.info/]pax vaporizer review[/url] Let's take a brief look at what marijuana is, what it does his diseases help chronic users to abstain from marijuana. Vivid, unsettling also for your alternative to About Below is patients follow is more mental than physical.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails