Tuesday, September 28, 2010

'Tidak Wujud' Duta Ke Makhluk Asing - PBB

UNGKAP RAHSIA YANG MAHA AGUNG

KL. 28 SEPT 10: PBB juga hari ini dilapor turut menafikan rancangan melantik duta bagi tujuan itu (Sila Lihat 'Orang M'sia Jadi Duta Bumi Untuk Alien.') kerana "kerja itu tidak wujud sama sekali", lapor BBC.

Hal ini berlaku setelah 48 jam dinobatkan sebagai duta bumi pertama untuk berkomunikasi dengan makhluk asing, Prof Datuk Dr Mazlan Othman akhirnya menafikan diberikan mandat oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi tujuan itu.

"Ia kedengaran menarik, tetapi saya harus nafikannya," kata Dr Mazlan melalui e-mel kepada The Guardian. Kelmarin, bekas ketua pengarah Agensi Angkasa Negara (Angkasa) itu menjadi tajuk berita utama di peringkat antarabangsa apabila dilapor dicadang sebagai individu pertama berkomunikasi dengan makhluk asing jika kehadiran entiti berkenaan berjaya disahkan secara saintifik.

Langkah memberi tanggungjawab itu kepada Mazlan, 58, dilaporkan selaras dengan kedudukannya sebagai Pengarah di Pejabat Hal Ehwal Angkasa Lepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNOOSA) yang beribu pejabat di Vienna, Austria.

Mazlan bagaimanapun hari ini berkata beliau akan terus bercakap tentang "objek yang hampir dengan bumi" dalam persidangan berkaitan daripada bertemu dengan makhluk hijau seperti manusia itu. (AK)

Lihat sebelum ini siri UNGKAP RAHSIA YANG MAHA AGUNG...


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails