SHAH ALAM 22 SEPT 10: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan sama ada kerajaan Umno-BN akan membina sebuah kasino di Sabah sebagai sebahagian daripada ETP (Program Transformasi Ekonomi).
Kasino itu dikatakan sebahagian projek pelancongan hijau di Karambunai yang turut membabitkan pembinaan pusat rekreasi air atas tapak 500 ekar, menurut portal Malaysian Insider. Projek itu dicadangkan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), sebuah unit di bawah Jabatan Perdana Menteri.
"Kami mahukan pentadbiran Najib untuk bersikap telus dan menyatakan samada ia memang bercadang atau telah pun memberikan kelulusan untuk membina sebuah kasino di Sabah," Anwar dipetik sebagai berkata.
"Ada tanda-tanda bahawa kelulusan untuk membina kasino akan diberikan atas alasan untuk memastikan projek hijau itu berwibawa dan menguntungkan. Perdana Menteri harus memberi pengesahan atau penafian yang tegas atas isu ini," tambah Anwar.
Cadangan pembinaan kasino itu didedahkan setelah kerajaan Umno-Barisan Nasional meluluskan lesen judi sukan kepada sebuah syarikat milik jutawan Vincent Tan. Namun setelah dikritik oleh Pakatan Rakyat dan orang ramai, termasuk masyarakat bukan Islam, Najib menarik balik kelulusan itu.
Tidak dapat dipastikan sama ada pembinaan kasino baru di Sabah, jika diluluskan, akan membabitkan syarikat milik Vincent Tan sebagai 'pampasan' kepada ahli perniagaan itu atas kehilangan lesen judi sukan berkenaan.
"Baru dua bulan isu lesen judi sukan reda, muncul pula berita mengatakan kerajaan mahu membina sebuah kasino. Bagaimanakah ia akan menguntungkan pembayar cukai?," kata Anwar.
"Rakyat berhak untuk mengetahui hala tuju negara ini di bawah pimpinan Najib. Nampaknya apa yang sedang dilakukan oleh pentadbiran Najib ialah untuk mempopularkan judi," kata Anwar. (tvS)
29 comments:
Lim Guan Eng pujaan Tuan Haji Hasyim & ahli2 PAS yg lain langsung tak nak jawab pasal isu Wang Ehsan pd umat Islam di Penang dari hasil judi ke tidak, langsung tak keluar kat blog Tuan Haji ni ye?
Ronnie Liu DAP persoalkan isu kematian anjing oleh Pihak Berkuasa di ladang tempat pembunuhan Dato' Sosialawati & 3 yang lain, tapi DAP langsung tak berbunyi bila 4 Melayu tu dibunuh oleh ahli seumur hidup parti mereka, tak keluar pulak kat blog ni ye?
Bila Khalifah Father Joseph Lim Guang Eng, satu2nya Kristian yang dianggap Khalifah oleh puak2 PAS kat Malaysia ni anjur konsert jemput Siti Nurhaliza untuk perbodohkan orang2 Melayu, langsung tak disebut dalam blog ni yek? Tapi cuba terbalikkan kalau UMNO/BN yg dikaitkan.
Saya undi PAS dalam GE yg lepas semata2 menyampah/benci maksima saya kpd Dolah & Khairi, ingatkn PAS lagi baik. Tapi rupa2nya, Allah tunjukkan dah awal2 camne rupanya Malaysia ni nanti kalau PR menang...
Dah la UMNO jadik kucing kurap, PAS pulak dah jadik pengkhianat semata2 nak kejar undi Cina.. tak sia2lah ejen2 zionis kat Malaysia ni buat kajian pasal politik orang Melayu negara kita ni selama bpuluh tahun.. akhirnya berjaya jugak mereka..
Tahniah untuk kita semua!!!
to anon di atas, saya pun perasan kbanyakn non-malay pembangkang yg lantang pertikaikn hak melayu & islam ni adalah kristian. sayangnya, kita orang Melayu banyak yg tak perasan. mungkin pasal mereka ni bukan berkulit putih atau nama terang2 omputih macam george bush. sampai tergamak orang kristian didoakn dalam solat Jumaat ganti nama Agong yang jelas2 KETUA AGAMA ISLAM, orang kristian dengan tak tutup aurat dijemput pihak masjid untuk pihak sejadah tempat kita semua sujud pada ALLAH. Orang kristian yang kita jemput untuk agihkan wang zakat UMAT ISLAM.. dan banyak lagilah hal yang menyedihkan..
tak tahu betul ke tak, kawan saya pun bgtau pasal kajian ttg orang Melayu ni, kita cepat cair pada bangsa asing yang pandai cakap Melayu, depan kita tunjuk budaya Melayu, & suka tunjuk baik pada kita. So, tak hairanlah kalau satu isu yang negatif pun pasal Lim Guan Eng takkan keluar kat blog2 pro-PAS yang konon2 pejuangkn Islam cam blog ibnuhasyim nih...
tiba2, rindu pada saat kepimpinan Almarhum Ustaz Fadzil Noor dan tokoh2 sebelumnya. Rindu saat2 dimana kita semua istiqamah dalam perjuangan tanpa terlalu memikirkan ttg kerusi Parlimen atau DUN..
tapi kalau untuk sertai UMNO/BN??? hatiku masih lagi benci... tapi melihatkn perangai & dasar PAS sekarang... entahlah....
x-PAS...
Kerajaan Penang naikkan tariff air, langsung haprak takdak sekoq pun aku tengok ahli PAS ka, PKR ka, dok wat bising. awat hampa suma dok sayang sangat kat ketua menteri lidah biawak tu???? sejak bila pulak orang kristian hampa suma leh angkat jadik khalifah???
kalau yang naikkn tariff air tu Kerajaan Johor ka, Melaka ka, Pahang ka, dah tentu cepat jek keluar kat harakah, tranungkite, hentam sana, hentam sini. ni sapa nak defend kami orang2 penang nih? mana ustaz2, pejuang reformasi??? sejak bila pulak CM import dari melaka ni boleh sesuka ati tuduh kami orang penang suka membazir ayaq???
penangits
Terima kasih kepada pengomen & pengomel di atas. Sila komen lagi Bunyinya macam satu kepala sahaja. Komennya tiada asas.
Komen banyak-banyak lagi, mungkin dari banyak peluru-peluru kapur itu, ada satu dua yang ada asas, barulah layak dipertahankan.
Lagi baik pengomen itu nampakkan identitinya, supaya senang dibalas. Bukan penembak pengecut. Maaf. Saya rasa tidak kasar sangat!
saya anon yg ptama komen kat atas. yg len2 komen tu lantak saya tak tahu. saya cuma nak jawapan Tuan Haji, Lim Guan Eng tu agama dia apa? betul ke tidak depan umat Islam, pandai dia lembutkn ati orang cakap pasal Amal Makruf Nahi Mungkar, contohi Umar Abdul Aziz. Tapi betul ke tidak dalam satu forum dia sindir pasal hukum poligami Islam??? betul ke tidak dia yg beriya anjurkn konsert Siti Nurhaliza untuk orang Melayu??? kalau konsert Paramore Tuan Haji boleh melatah kaitkn dgn BN, kenapa bila tiba pasal LGE, Tuan Haji boleh diam membisu???
Betul ke tidak dia memburukkan & fitnah Pegawai SDO negeri Penang??? Bila dah keluar gambar & bukti yang LGE pembohong, kenapa langsung tak keluar kat blog Tuan Haji????
pada saya, PAS ke, UMNO ke, PKR ke, memang banyak golongan bijak pandai, malangnya tak cerdik. PAsal politik, semata2 nak kejar pangkat, nak menang pilihanraya, sanggup butakn mata & hati! tak tahu bezakan mana yg hak, mana yg batil. sampai satu tahap saya jadik kecewa ngan politikus2 melayu. saya tak hairan kalau semua kawan2 kuliah saya langsung tak ambik pot pasal keadaan politik skrg nih. baik diorg sibuk baca majalah hiburan & bgosip lagi bagus!!!
cerita mengenai pembinaan kasino di Karambunai masih belum pasti kebenarannya, sebelum ini timbul juga isu mengenai pembukaan kasino di Kundasang, tp rupanya tak ada pun kasino akan dibina di kawasan tersebut. begitu jugalah dgn berita pembinaan kasino di Karambunai, ia hnyalah kabar angin dan belum pasti lagi, kerajaan takkan membuat sesuatu keputusan yang tidak menyenangkan rakyat. kita tunggu ja penjelasan daripad kerajaan.
Mengapa heboh sangat. Perkara ini masih belum mendapat kepastian. Baik kita tunggu saja perkembangan lanjut mengenai hal ini sebelum membuat apa-apa spekulasi.
pekara ini belum diketahui lagi. jadi kita tidak perlulah membuat sebarang andaian.
protes pembangkang terutamanya Anwar berkenaan dengan isu ini akan lebih jelas dan bermakna jika beliau tujukan sekali tentangan tersebut terhadap semua premis2 perjudian atau sebarang perniagaan yang diklasifikasikan sebagai haram.
Dari mana Anwar tahu bahawa Najib berancang untuk membina sebuah kasino di Sabah?? Kalau betul apa yang dikatakan oleh Anwar, Najib perlulah memberi penjelasan.
But for now, janganlah kita sebarang membuat andaian.
Kepada pengomen yang pertama diatas. Tahukah anda berapa jumlah cukai yang disumbang kepada incometax oleh syarikat perjudian seperti sport toto, magnam, genting dll? Tahukah anda dimanakah wang cukai ini diagihkan?
Kenapa nak pertikaikan wang ehsan yang berjumlah RM 100 yang diberi kepada warga emas di P. Pinang sedangkan hasil judi dari toto dan sebagainya yang berjumlah beratusan juta telah diagihkan untuk membayar gaji kakitangan kerajaan, menjana pembangunan negara dll. Cuba tepuk dada anda dan bersumpah bahawa kamu tidak pernah berdosa dan tidak pernah memegang duit cukai perjudian secara langsung atau tidak langsung. Berkenaan dengan ahli seumur hidup DAP yang dikatakan terbabit dalam pembunuhan kejam Sosilawati.Tidak masuk akal langsung. Ini macam kata budak-budak. Parti politik mana yang dapat menjamin ahlinya tidak terlibat dalam melakukan jenayah apatah lagi parti yang mempunyai beratus ribu hingga juta ahlinya.
apa yang kamu mau kaitkan?
Tahuukah siapa yang sedang mempebodohkan Melayu? Manusia yang seperti kamu yang sedang berbuat demikian.
Menurut laporan medei, Karabunai menafikan bahawa mereka membuat permohonan untuk membina ksino.
Cadangan yang belum dibuat keputusan diguna pakai sebagai senjata untuk menkritik kerajaan BN serta PM.
Keputusan muktamat belum dibuat. Kegiatan judi harus dukurangkan. Pembinaan kasino janganlah diluluskan.
Hal ni belum diputuskan lagi so tak payahlah kecoh sangat. Saya yakin kajian pasti dibuat sedalam mungkin sebelum membuat keputusan..
Haraplah:)
Betul tu supra. Saya baru2 ni p Kundasang tak nampak pun ada tanda2 pembinaan kasino di sana.
Mungkin ada sebab2 tertentu Anwar memprotes benda yang belum tentu kejadiannya. So kita tunggu ja la nanti apa yang akan berlaku lepas ni.
Kalau betul kasino mahu dibina, saya cuma harap kerajaan akan fikir sedalam mungkin sebelum putuskan hal ni. Setiap perkara mmg ada pros & cons, so buatlah pertimbangan sebaik mungkin.
Apapun, saya harap hal ni tak dijadikan isu utk kepentingan pihak tertentu. Lebih baik bagi kerjasama utk selesaiakn masalah daripada asyik mencari kesalahan pihak lain.
kenapa juga kalau ada kasino di sabah? adakah sabah akan meletup kalau ada kasino? kasino tu macam bom nuklear ke tuan penulis??
ahahh..awak pun teringin juga main-main di kasino???
Karambunai Corp telah membuat kenyataan di Bursa Malaysia, menafikan pernah menghantar cadangan rasmi kepada kerajaan Malaysia mahupun menulis dokumen bertulis dengan mana-mana pihak ketiga lain berkaitan dengan rancangan untuk membina kasino di Karambunai. ini menunkukkan bahwa kasino takkan dibina di Sabah, kabar angin ini hanyalah pembohongan.
http://mpkotabelud.blogspot.com/2010/09/kasino-di-sabah-malaysian-insider-perlu.html
Datuk Abdul Rahman Dahlan telah buat kenyataan bahawa pembinaan kasino di negeri ini merupakan satu pembohongan dan tuduhan yang melulu..
Annuar sangat sibuk dengan isu ini, suka mencari isu untuk dipolitikkan. Tidak perlu la sibuk2, Sabahan boleh menangani masalah ini!!...
As far as I concerned, there is no single thing for Anwar to say it right.Pathetic.
As far as I know, there are no confirmation about this issue yet. What I heard is that Karmabunai denied about this allegation. Unless there is any proof or confirmation, I would not accept this as the ultimate truth.
It is just a rumor unless confirmed.
Saya rasa ini hanya khabar angin sahaja.
Shouldn't we wait for further clarification on this matter?
Post a Comment