BANDA ACEH, Indonesia - Dua wanita dirotan di wilayah Aceh, Indonesia semalam kerana menjual makanan semasa bulan Ramadan, kata seorang pegawai.
Ratusan orang berhimpun untuk melihat Murni Amris, 27, dirotan sebanyak tiga kali manakala Rukiah Abdullah, 22, menerima dua rotan di sebuah masjid di bandar Jantho, tenggara Banda Aceh.
"Dua wanita itu ditemui menjual nasi di sebuah gerai pada waktu tengahari semasa Ramadan. Undang-undang syariah melarang makanan dijual semasa bulan puasa dalam Ramadan," kata seorang ketua polis syariah, Marzuki Abdullah.
Murni memiliki sebuah gerai makanan manakala Rukiah menjual nasi. Aceh yang terletak di utara Pulau Sumatera merupakan antara beberapa wilayah yang melaksanakan undang-undang syariah. Dalam bulan Ramadan, penganut Islam berpuasa dari awal pagi sehingga senja yang bermula pada Ogos dan berakhir awal September tahun ini.
Turut dirotan ialah Fakhruddun Harun sebanyak lapan kali di pekarangan sebuah masjid di Aceh Besar kerana kesalahan berjudi. - Agensi
Komen Blog Ibnu Hasyim: Cuba lihat cara dan suasana hukum sebat itu. Bandingkan dengan hukum sebat di penjara Malaysia. Jelas undang-undang ini cukup adil, hanya untuk mengajar bukan mendera. Mengajar orang ramai yang melihatnya, bukan mendera dan menyiksa dalam bilik kurungan.
Lihat ini sebagai tambahan.
- Corporal Punishment in Malaysia di sini
- Pengamal Ilmu Hitam dihukum di Arab Saudi Read More “HUKUMAN TERHADAP PENJENAYAH SUDAH HILANG TARING” »»
- Kaedah Hukuman Sebat Ikut syarak
- Hukum Sebat Bukti, M'sia Bukan Negara Islam.
- 2 Wanita Dirotan Di Aceh, Zalimkah?
- SIS Sambut Baik Tidak Laksanakan Sebat.
- Hukum Sebat Ganti Khidmat Masyarakat? Kartika Shukarno
- Isu Sebat: UMNO Lebih Ke Depan Tonjol Islam Dari PAS?
- Sebat Di Aceh.. Serumah Bersama Janda
- Sebat: Boleh Ampunkan Kartika Kecuali... -Mohd Amar
- Sebat Yang Tidak Islamik -Ustazah Nuridah. Bagaimana SIS?
- Hukum Sebat Itu Tidak Islamik -Presiden PAS
- Sebat Kartika: Kalau DAP Tak Nak Terima.. -Nik Aziz.
- Kes Arak, Apakah Najib Perlu Dirotan atau Disebat??
- Pertamakali 3 Penjenayah Syariah Disebat, Ikut Islamkah?
- Umno Punca Rakyat Tak Faham Hukum Islam
- SIS: Bila Tidak Ikut Islam Penuh, Beginilah Jadinya..
- Hukum Jinayat Aceh: Tiada Alasan Bagi Yang Tahu. -Wakil Gubernur.
- Mansuh Undang Syariah -SIS & JAG Cabar Mufti S'ngor?
- Kartika Saridewi Temui Nik Aziz Lambang Sokongan Kpd Negara Islam.
- SIS: M'sia, Pakai Nama Islam Perlu Izin?
- Kartika, Oh Kartika!
- SIS Agen Musuh Islam Antarabangsa -Dato' Harun Taib
1 comment:
pasal diaorg jual makanan masa bulan puasa rasanya x salah kot
Post a Comment