Friday, October 29, 2010

27% Hutang Isi Rumah Dari Kereta -Khalid Samad


"Sebagaimana yang kita tahu, hutang (isi rumah) untuk kereta berlaku oleh kerana harga kereta (domestik) adalah antara yang tertinggi di Asia," ujarnya.

CIMB Investment Bank Bhd, katanya mendedahkan, sebanyak 27 peratus daripada keseluruhan hutang isi rumah (76.6 peratus dari KDNK) konsumer adalah berpunca oleh hutang pinjaman kereta.

Akibat dari itu, beliau mendakwa polisi protektisme Proton adalah suatu polisi yang tidak membantu rakyat mengurangkan peratusan hutang isi rumah jika dinisbahkan pada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) tahun ini.

"Masalah hutang kereta yang mahal, masalah gaji yang kecil seolah-olah menggambarkan kerajaan tidak menghiraukan masalah-masalah sampingan ini.

Ikuti penuhnya...

1 comment:

JBS said...

Begitulah jika memilih kerajaan yang hanya pandai berniaga dengan rakyat. Itulah sebabnya kemudahan pengangkutan awam kurang dihiraukan, untuk menggalakkan rakyat membeli kereta import atau tempatan, kedua-duanya pun kroni para pemimpin kerajaan yang sapu hasilnya. Lihatlah kemudahan penyiaran TV...? Kebanyakan tempat dan daerah di negara ini, amat susah bagi mendapatkan siaran TV hinggakan ada yang melangan ASTRO hanya untuk menonton siaran TV biasa sahaja. Siapa yang untung jika kita semua melanggan ASTRO yang kurang pesaingan itu...? Kroni pemimpin ini juga yang untung. Rakyatlah yang akan menanggung segala beban permasalahan negara.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails