KL 2 OKT 10: Bernama hari ini melaporkan, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan cadangan untuk menamakan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas sebagai tidak wajar.
Menteri Besar Kelantan itu menyifatkan cadangan itu juga sebagai merendahkan darjat Tengku Razaleigh yang tidak layak sama sekali bagi seorang pemimpin veteran itu bertanding di peringkat DUN.
"Saya boleh sebut ini dah melampau. Ku Li (Tengku Razaleigh) bukan taraf dia (bertanding di DUN), dia menteri dah. Dia dah ke Parlimen dan turun ke DUN ini ada benda tak betul.
"Tak jaga lidah betul (cadangan pilih Tengku Razaleigh), jagalah lidah sikit. Ku Li ni berketurunan raja dan (pernah) jadi Menteri Kewangan tiba-tiba nak letak di DUN. Ini tak betul. Ada masalah lain le ni...," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Ke-13 Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan di sini, hari ini.
Nik Aziz berkata demikian mengulas cadangan untuk memilih Ketua Umno Bahagian Gua Musang itu sebagai calon pada pilihan raya kecil DUN Galas berikutan ketokohan pemimpin itu.
Cadangan untuk memilih Tengku Razaleigh itu juga mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilaporkan berkata BN bersedia untuk mencalonkan pemimpin itu kerana ia paling sesuai dan tepat berdasarkan kepada pengalaman dan pengaruhnya di Gua Musang.
Sementara itu seorang anak Kelantan yang tidak berparti, berkerja sebagai peniaga di pasar malam Kuala Lumpur sewaktu ditemui oleh Blog Ibnu Hasyim di pasar malam sekitar di Jalan Tunku Abdul Rahman sebentar tadi berkata, "Memang betul Tok Guru ghoyat (kata) tu, demo turunkan taraf Ku Li... tak menasabah langsung!" kata Ahmad Shukri Deraman.
Begitu juga pendapat kawan-kawan mereka anak Kelantan di KL yang lain, semuanya tidak bersetuju Ku Li dipilih sebagai calon ADUN Galas. Walaupun mereka bukan ahli PAS, tetapi mereka tetap setuju dengan Tok Guru. (AK)
---------------------------------
Sila layari dan ikuti PRK Galas dari awal ...
E-Buku IH-14: P/Kecil DUN Galas
Antara kandungan:
Bab 1
- Adun Galas Pulang Ke Rahmatullah.
- Imbasan DUN Galas
- A/Che Hashim: Takziah Nik Aziz & Ibnu Hasyim
- DUN Galas, Ada Yang Perlu Digalas
- PRK Galas: Ku Li (UMNO) Sukar.. -Prof Aziz Bari
- Galas: UMNO Tak Perlu Bertanding -Nik Aziz Sokong
- Galas: DHPP Sayap Baru PAS Sedia Tanding
- Tarikh PRK Galas: SPR Ambil Kira AGM Umno.
- Ku Li Pengarah PRK BN Galas, Tamparan Pada PAS
- Galas: Tentukan Undi Melayu PRU 13 -Merdeka Cent...
- Mahyudin Cuba Bunuh Masa Depan Politik Ku Li
- Galas: Ku Li Lwn Nik Aziz -Dr P. Sivamurugan
- Galas Kekuatan Sendiri, Tuan Ibrahim -Pengarah Au...
- Ku Li Calon Galas? -TPM
- Galas: Ku Li Tolak Tawaran TPM? Kerana...
- Calon Galas: Melampau.. Ku LI Bukan Taraf! -Nik ...
----------------------------------
No comments:
Post a Comment