Bernama Melaporkan, Pas perlu kaji kedudukan..
KL 31 OKT 10: Pas dicadangkan supaya mengkaji semula kedudukannya dalam pakatan pembangkang jika apa yang didedahkan seorang Ahli Parlimen di Dewan Rakyat baru-baru ini bahawa ada perjanjian sulit antara DAP dan PKR yang mengetepikan parti itu.:
Penganalisis politik, Dr Sivamurugan Pandian berkata, berkemungkinan apa yang didedahkan oleh anggota Parlimen Bebas Kulim Bandar Baru, Zulkifli Nordin, yang sebelum ini anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Khamis lalu, terdapat kebenaran.
Beliau berkata, kenyataan Zulkifli itu perlu dilihat secara serius oleh semua pihak dalam pakatan pembangkang dan barang kali kesahihan pendedahan itu perlu diteliti PKR, DAP dan juga Pas bagi membolehkan kebenaran tersebut dicari dan Zulkifli tidak dilihat hanya mencari populariti.
“Pas juga perlu melihat balik perjanjian di antara mereka kerana ia dikhuatiri boleh memberi kesan kepada Pas pada pilihan raya umum yang akan datang,” katanya kepada pemberita, semalam.
Pensyarah Sains Politik dari Universiti Sains Malaysia (USM) itu berkata, Pas seharusnya sedar bahawa parti itu boleh berdiri sendiri tanpa membentuk pakatan dengan PKR dan DAP berikutan mempunyai keanggotaan yang cukup ramai berbanding kedua-dua parti itu.
Beliau juga berpendapat, sekiranya dakwaan itu tepat dan benar, maka peluang pakatan pembangkang untuk memenangi pilihan raya umum ke-13 akan datang, tidak akan berjaya.
“Rakyat akan melihat bahawa pakatan yang dikatakan sepakat ini sebenarnya pakatan palsu, dan bersama hanya untuk kuasa tanpa mempunyai matlamat yang sama,” katanya.
Mengenai perjanjian sulit itu yang memberikan DAP kuasa bagi Pulau Pinang, Sivamurugan berkata, sekiranya benar, ia dilihat akan mencabar peruntukan-peruntukan yang ada dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Saya juga melihat ini akan memberi kesan kepada perpaduan antara kaum jika kuasa autonomi ini diberikan,” katanya.
Khamis lepas, Zulkifli mendakwa DAP dan PKR ada membuat perjanjian sulit di luar pengetahuan Pas untuk memberi kuasa kepada DAP memerintah di tiga negeri sekiranya Pakatan Pembangkang berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13.
Beliau mendakwa hubungan rapat antara DAP dan PKR adalah didorong oleh perjanjian kuasa tersebut dan turut menawarkan kuasa autonomi kepada DAP ke atas Pulau Pinang. - Bernama
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kaji Kedudukan PAS atau kaji batu api ini?
8 comments:
Hanya negeri Pulau Pinang saja yang DAP boleh kuasai. Negeri2 lain perlu perkenan Sultan. Tidak semudah itu Sultan perkenankan, seperti apa yang berlaku di Perak.
Ini bukan batu api.Tengok gambarnya memang sebiji kepala mancis, bulat dan berkilat.
hahaha hanya orang yang bodoh dan bangang jer yang ambil pot per yang si bodoh kulim katakan,,, nyawa kulim sbgai MP dah hampir ke penghujungnya, umno tak mau, pas tolak tepi, PKR ludah muka jer, dap hehehe takislamaik kata dia lag... gi mampuh la kulim , makan percen dah ler
Siapa pun boleh buat macam si zul ni...lontar tuduhan kemudian biarkan ianya menjadi bahan bualan...mana fakta dan figurnya? Yang peliknya si pensyarah siva tu pula pun turut teruja dengan benda-benda yang tiada kesahihan.... tercium bau ameno dalam tulisan si siva ni...cari makaaaan.
Akhbar akan kutip apa saja yang ditepi jalan yang ditulis bertujuan hentam mana mana yang tak setuju dengan PAS.
Akhbar Mesia dah jadi sama taraf dengan Pravda di Soviet Union dulu.
Atau pun ramai nak jadi anak didik Josef Goebel menteri propaganda NAZI.
Sebab ini semua adalah warisan dan amalan UMNO dari dulu lagi dan ditambah dengan stail Mamak Maddey bagi tujuan jangkahayat mereka.
benda ni akan berterusan sebab mereka nak kekalkan kuasa mereka dengan menipu rakyat melalui balaci yang macam ini.

Post a Comment