Friday, October 01, 2010

Ella & Dolak-dalik Soal Kahwin?



KL 1 OKT 10:
mStar Online melaporkan Ratu Rock Negara, Norzila Aminuddin,44, atau Ella masih berdolak-dalik dan mengambil pendekatan paling selamat apabila diminta untuk mengulas mengenai gosip yang dia bakal menamatkan zaman bujangnya.

Menurut Ella, tiada apa yang perlu dirahsiakan daripada pengetahuan umum jika memang benar dia merancang untuk berkahwin.

"Tiada apa yang saya perlu saya sorokkan daripada orang ramai. Kalau betul ada perancangan ke arah itu (kahwin), mesti saya akan kongsikan dengan semua orang dan tiada apa yang perlu dirahsiakan.

"Masalahnya semua cerita yang timbul itu tidak berasas. Jika sebarang cerita tentang kahwin dan sebagainya bukan datang daripada mulut saya sendiri, perkara itu belum tentu benar," katanya.

Diusik mengenai status dirinya yang masih kekal bujang dan mudah mengundang pelbagai persepsi dan fitnah, Ella mengakui, walaupun kenyataan itu agak merimaskan dan menyulitkan kehidupannya, dia bagaimanapun selesa untuk bersikap optimis dalam menangani sebarang masalah yang timbul.

"Adakalanya memang susah juga apabila diri kita popular dan masih kekal bujang begini tapi ia bukanlah sesuatu yang buruk dan negatif. Bagi saya, jika sesuatu perkara atau cerita tentang kita itu tidak benar kita buat tidak tahu saja," katanya.

Menerusi laporan mStar Online pada 10 Julai lalu, salah seorang ahli keluarga penyanyi rock itu mengesahkan Ella telah membawa kekasihnya, Elan Hasyim Abd. Rahman, 28, untuk bertemu keluarganya di Klang, Selangor beberapa bulan lalu untuk mendapat restu sebelum berkahwin.

Komen Blog Ibnu Hasim: Alhamdulillah, berita berkahwin adalah suatu berita gembira bagi umat Islam. Apa lagi pada gadis popular seperti Ella. Terdapat banyak nas dan dalil Al-Quran serta hadis tentang galakan dan saranan perkahwinan serta peraturan yang berkaitan dengan pasangan suami isteri.

Antaranya ialah:

Satu: Dalil nas Al-Quran, iaitu sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

"Dan kahwinlah orang bujang (Lelaki atau perempuan) dari kalangan kamu, dan orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah SWT akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya, kerana Allah SWT Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui" (Surah An-Nur 24:32)

Dua: Dalam nas yang lain Allah swt berfirman yang bermaksud:

"...maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil diantara (isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja..." (Surah An-Nisa' 4 : 3). (Hal ini untuk perhatian wali, bakal suami dan juga untuk perhatian atau pengetahan bakal isteri)

Tiga: Dalam nas Hadis sebagaimana sabda Nabi diriwayatkan oleh Bukhari bermaksud:

"Perkahwinan itu Sunnahku, sesiapa yang tidak suka kepada Sunnahku, dia bukan daripada kalangan umatku" (riwayat Al-Bukhari)

Empat: Antara nas Hadis Nabi SAW lain, sangat memberi galakan kepada golongan remaja yang mampu supaya berkahwin demi menjaga agama dan kehormatan diri. Iaitu sebagaimana sabda Nabi SAW bermaksud:

"Wahai pemuda-pemuda, sesiapa sahaja diantara kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, maka berkahwinlah kerana dengan berkahwin dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri" (riwayat Bukhari dan Muslim). (Bukan sahaja untuk pengetahuan pemuda, bahkan pemudi dan walinya).

Wallahu 'aklam. (2MA)

Sebelum ini...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails