JOHOR BAHRU 28 OKT 10: Melakukan seks beramai-ramai sambil menghisap dadah. Itulah tindakan yang disyaki sering dilakukan oleh sekumpulan lima penagih dadah sebelum dicekup sepasukan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Cawangan Johor di sebuah pondok haram di Jalan Datuk Dalam di sini petang kelmarin.
Difahamkan, kesemua penagih dadah termasuk seorang wanita berusia 20-an sedang khayal ketika dicekup. Beberapa kondom terpakai juga ditemui bersepah di lantai pondok haram terbabit. Malah, hasil pemeriksaan di pondok penagih terbabit turut menemui pelbagai pakaian yang disyaki disimpan penagih-penagih terbabit sebagai kemudahan untuk mereka menginap di situ.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Runtuhnya akhlak remaja Malaysia adakah ianya lepas dari tanggungjawab pemeritah? Pemimpin-pemimpin UMNO tiada kena mengena dalam hal ini? Perlulah perundangan Islam disemak semula untuk dilaksanakan.. (IH)
No comments:
Post a Comment