Sunday, October 10, 2010

Hanya PAS Berkuasa Jika PR Tawan Putrajaya. -Dr Chua

KL, 10 Okt 10: Pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) hari ini secara terbuka menzahirkan isyarat bahaya di kalangan pengundi Cina dengan menegaskan sebarang sokongan kepada Pakatan Rakyat (PR) hanya akan membuka ruang kepada PAS mengepalai ikatan muda itu.

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memberi amaran, meskipun PAS memperlihatkan kesederhanaan parti Islam itu pasti tidak akan mengetepikan “pendirian autokratik Islam” jika PR menguasai Putrajaya.

“Kami merasakan jika Pakatan berkuasa, PAS akan berada di tempat kapten.

“PAS tidak akan melupakan dasar autokratik Islam dan jangan terkejut jika PAS memperoleh kuasa, ia akan kembali keterbelakang,” tegas Dr Chua dalam ucapan dasar presiden MCA pada Perhimpunan Agung Tahunan Ke-57 hari ini.

Dr Chua mendakwa sejak pilihan raya umum 2008, DAP dari PR, yang kelihatan seolah-olah sekedudukan dengan MCA, hanya berjaya dalam membawa sokongan Cina kepada PAS.

“Kami (BN) tidak mendakwa kami adalah kerajaan yang sempurna, tetapi (kami) berharap rakyat Malaysia akan menghalusi dengan mendalam jika mereka meraskaan Pakatan adalah pilihan yang baik,” katanya lagi.

Selain PAS dan DAP, PR dianggotai PKR. (The Malaysian Insider/AK)

Komen Blog Ibnu Hasyim: Kepada orang Melayu dan Islam pemimpin BN berkata, PAS ikut telunjuk DAP. Kepada Orang Cina dan bukan Islam kata mereka, hanya PAS berkuasa jika Pakatan tawan Putrajaya. Politik lidah bercabang.

4 comments:

sakariyaakop said...

Salam tuan,
Inilah caranya UMNO/MCA menakut-nakukan orang Cina....

ahmed said...

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memberi amaran, meskipun PAS memperlihatkan kesederhanaan parti Islam itu pasti tidak akan mengetepikan “pendirian autokratik Islam” jika PR menguasai Putrajaya.

ali said...

PAS tidak akan melupakan dasar autokratik Islam dan jangan terkejut jika PAS memperoleh kuasa, ia akan kembali keterbelakang,” tegas Dr Chua dalam ucapan dasar presiden MCA pada Perhimpunan Agung Tahunan Ke-57 hari ini.

zaid said...

Komen Blog Ibnu Hasyim: Kepada orang Melayu dan Islam pemimpin BN berkata, PAS ikut telunjuk DAP. Kepada Orang Cina dan bukan Islam kata mereka, hanya PAS berkuasa jika Pakatan tawan Putrajaya. Politik lidah bercabang.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails