KL. 21 OKT 10: Timbalan yang dipertua PAS Gua Musang Dr Zulkefli Mohamad atau ketua perhubungan Orang Asli DUN Galas, Panjang Ey, antara yang disebut-sebut akan dipilih sebagai calon PAS dalam pilihan raya kecil DUN Galas 4 November ini.
Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat akan mengumumkan calon PAS jam 9 malam ini di Dataran Ilmu yang terletak bersebelahan dengan Masjid Faiz di Gua Musang. PAS akan mengumumkan malam calonnya bagi pilihan raya kecil DUN Galas dan dua nama yang disebut-sebut ialah Dr Zulkefli adalah bekas calon PAS yang bertanding menentang Ketua Umno Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dalam pilihan raya umum 2008, manakala Panjang Ey adalah seorang jurutera.
Menurut sumber-sumber PAS, kedua-dua calon tersebut adalah antara sepuluh calon yang diserahkan oleh PAS Kelantan kepada PAS Pusat untuk pertimbangan. Kata sumber lagi, mereka juga merupakan calon yang mengisi dua tempat teratas dalam senarai calon itu dan disebut-sebut mewakili PAS dalam pilihan raya kecil 4 November ini.
Kerusi DUN Galas kosong selepas kematian penyandangnya, Chek Hashim, 48, akibat barah usus pada 27 September lalu. Pada pilihan raya umum 2008, Chek Hashim, berjaya merampas DUN Galas yang terletak dalam kawasan pilihan raya Parlimen Gua Musang daripada BN, dengan mengalahkan calon BN Mohd Saufi Deraman, dengan majoriti 646 undi.
Chek Hashim mendapat 4,399 undi, menewaskan penyandang dari BN, Mohd Saufi Deraman 3,753 undi. Selain Nik Aziz yang juga mursyidul am PAS, ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin DAP Lim Kit Siang juga dijadual hadir dalam majlis pengisytiharan calon malam ini. (AK)
Dapatkan lapuran PRK DUN Galas dari mula hingga berakhir..
No comments:
Post a Comment