KL, 20 Okt 10: "Muhammad" dalam tulisan Arab diterbalikkan, diguna dan dipakai di dada salah seorang peraga fesyen yang tidak menutup aurat. Ini menunjukkan bahawa penganjur jelas menghina Islam apabila menggunakan nama agama untuk mengesahkan tindakan penganjuran pertunjukan dedah aurat yang tidak wajar itu. Penganjurnya adalah Islamic Fashion Festival (IFF) di bawah Datin Seri Rosmah Mansor isteri PM Malaysia.
Demikian didedahkan oleh ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali. "Kita berarak bantah kartun Nabi yang dibuat di Denmark, di sini di Malaysia, seluruh maruah Islam ditelanjangkan oleh IFF tersebut," kata Lo' Lo' kepada Harakahdaily.
Beliau mengulas IFF yang dianjurkan oleh Rosmah baru-baru ini. Walaupun dinamakan 'Islamik' tetapi fesyen yang diperagakan tidak sesuai dengan Islam bahkan Rosmah sendiri tidak memakai pakaian yang sesuai dengan Islam ketika merasminya.
Oleh itu para pemimpin NGO Islam disarankan agar mengkaji tindakan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang disifatkan sebagai menghina Islam ketika menganjurnya. Lo' Lo' juga kesal dengan sesetengah NGO Islam yang dipergunakan untuk menyokong bajet yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib.
"Saya dapat maklumat ada beberapa NGO Islam diminta membuat memo menyokong bajet PM.
"Saya nak tanya NGO-NGO Islam ni, tak terasa langsung ke nak bantah penghinaan terhadap Islam oleh Rosmah atas penganjuran Islamic Fashion Festival yang penuh dengan kemungkaran dan kemaksiatan terhadap Allah serta pengkhianatan atas muslimah seluruhnya?" tanya Lo' Lo'.
Komen Blog Ibnu Hasyim: Mana ulama-ulamak UMNO atau mufti-mufti kerajaan nak sorokkan muka? Tak maluke? Mana pendedahan fatwa, juru-juru fatwa burung kakaktua kerajaan Malaysia? Perlukan pemuda-pemuda Islam bangun membuat demontrasi, bagi mengajar tindakan biadap isteri PM? (IH)
16 comments:
macam ni punye perangai, ade hati nk ajar obama pasal islamophobia? tolong la. mne mufti2 kite? mne 40 ulamak umno? npe sume diam?
Jangan risau. Sekarang parlimen tengah bersidang,ZulKawTim kan ada. Dia akan bawa usul tergempar kerana ini betul-betul menghina Islam.Ulamasyuk muda Umcopun akan bawa usul kat persidangan umco yg tengah bersidang sekarang.
minta kebenaran nk copy...
nk tnjuk wajah sebenar semoh mansur
kita pakat turun demo je kat jlnraya. biar janda tak sedar diri tu tau, siapa yg berkuasa. ingat malaysia ni mak bapak dia punya...tapi nak buat camne, bila PRU, ramai masih undi malaun2 ni...dpt seratus dua tersengeh sampai 5 tahun...
adalah dangkal menyalahkan najib dan rosmah kerana isu ini...yg patut dipersalahkan adalah pihak yg menganjurkannya...yg tidak peka tentang makna fesyen Islam...tolong lah tuka tajuk tu...jgn wat isu sensasi yg menambah saham di timbangan belah kiri...
Boleh copy sebarkan. Ini suatu kebajikan.
atoyyy....ape nk jadi..??fesyen islam ape gitu..??fesyen islam sbb gune nama muhammad...bukannye nk mnutup aurat
Tidak apa... (mungkin silap cetak) OK segala perbuatan Rosmah Mansur adalah baik... kan dia ibu permata... peragut duit SAR... Mufti tertidur segala perbuatan umno adalah halal lagi suci..
salam.. bole saya tny adakah fashion festival ni da berlansung di KL,klau ya bila?
saya jenis yg lambat update jd harap maafkan saya
kalau nak buat pertunjukan fesyen ni pun, jangan la mengaitkannya dengan islam.memalukan
makcik semah ni nampak nak tunjuk arif dalam fesyen islam tapi pemikiran masih tak bertamadun. buat festival makanan halal lagi elok kot
Di manakah pewaris Nabi?
Di manakah para Ilmuan Islam kita?
Yang ada hanya Ilmuan Dunia
Kepada yang sedang menyedari keadaan dunia sekarang ini, sentiasalah ishtifar, berzikir dan banyakkan beribadat dan jangan lupa selagi kita hidup di dunia ini, selagi dunia belum kiamat, kita masih lagi dituntut mencari rezeki yang halal.
seimbangkan
ini yang mahu dikatakan perempuan pemimpin malaysia?? sudah tau peragaan fashion, ada pulak buka aurat???
islamic fahion???
perempuan yang x buka mata dengan kelakuan dan keputusan... tolong la jga imej diri dulu sbagai muslimah kalau mahu jaga imej malaysia sbgai negara yang islam...muka x malu...siap dikomen2x oleh pihak lelaki lagi...
Demikian didedahkan oleh ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali. "Kita berarak bantah kartun Nabi yang dibuat di Denmark, di sini di Malaysia, seluruh maruah Islam ditelanjangkan oleh IFF tersebut," kata Lo' Lo' kepada Harakahdaily.
perempuan yang x buka mata dengan kelakuan dan keputusan... tolong la jga imej diri dulu sbagai muslimah kalau mahu jaga imej malaysia sbgai negara yang islam...muka x malu...siap dikomen2x oleh pihak lelaki lagi
Di manakah pewaris Nabi?
Di manakah para Ilmuan Islam kita?
Yang ada hanya Ilmuan Dunia
Kepada yang sedang menyedari keadaan dunia sekarang ini, sentiasalah ishtifar, berzikir dan banyakkan beribadat dan jangan lupa selagi kita hidup di dunia ini, selagi dunia belum kiamat, kita masih lagi dituntut mencari rezeki yang halal.
seimbangkan
Post a Comment