Friday, October 01, 2010

M/Babri, Sengketa Terus Berlanjutan. Sikap M'sia?



Gambar sebelah: Seorang sami India menyambut keputusan mahkamah di Ayodhya semalam. — Foto Reuters


KL IBNU HASYIM 1 OKT 10: Sebuah mahkamah India di New Delhi semalam memutuskan tapak Masjid Babri abad ke-16 di Ayodhya dibahagi dua dengan dua pertiga menjadi milik penganut Hindu dan satu pertiga untuk masyarakat Islam. Keputusan mahkamah itu disiarkan oleh stesen televisyen di negara itu.

“Semua tiga pihak iaitu Muslim, Hindu dan Nirmhoi Akhara (pertubuhan agama Hindu) diisytiharkan pemegang bersama hartanah dalam perbalahan itu,” kata Hakim S. U Khan dalam satu penghakiman yang disiarkan di laman web Mahkamah Tinggi Allahabad.

Peguam Jawatankuasa Bertindak Masjid Babri, Zafaryab Jilani berkata, pihaknya akan membuat rayuan berhubung penghakiman itu. “Kami tidak menerima formula satu pertiga itu dan kami akan (mengemukakan rayuan) ke Mahkamah Agung,” katanya.

Masjid Babri yang dibina pada kurun ke-16 itu dimusnahkan oleh penduduk Hindu fanatik pada 1992 sehingga mencetuskan rusuhan terburuk di India sehingga mengakibatkan 2,000 orang terbunuh. Dilaporkan lebih 200,000 anggota polis dikerah di seluruh India semalam bagi membuat rondaan dan kawalan sebelum mahkamah membuat penghakiman.

Beberapa pengadu dalam kes ini mengatakan mereka akan naik radang dengan keputusan tersebut itu "... yang berarti sengketa yang sudah berlangsung selama 60 tahun akan terus berlanjut dalam sistem peradilan yang terkenal lambat India."

Menurut keputusan itu, situs di kota utara akan dibahagi, dengan sepertiga Muslim dan sisanya untuk Hindu, termasuk tempat di pusat di mana umat Hindu merancang untuk membangun sebuah kuil dewa Ramayana. Dengan hanya beberapa hari sebelum Commonwealth Games di mulai di New Delhi pada hari Minggu, Perdana Menteri Manmohan Singh meminta tenang dan mengingatkan rakyat india bahawa keputusan akan dikaji di Mahkamah Agung.

"Kesimpulan sebenar pada tahap ini, adalah status quo akan dipertahankan sampai kes diambil oleh Mahkamah Agung," kata sebuah kenyataan.

Kerana cemas tentang potensi kekerasan, pemerintah India mengeluarkan seruan untuk menahan diri menjelang putusan dan iklan ditempatkan di surat khabar mendesak rakyat India baik Hindu mahupuan Muslim menghormati perundangan.

Komen media Islam Era Muslim: Negara besar dari 1.2 milion orang adalah rumah bagi semua agama besar di dunia dan kes Ayodhya ini dipandang sebagai ujian kematangan politik dan kemampuan masyarakat untuk hidup dalam harmoni. Pihak oposisi Partai Bharatiya Janata (BJP), yang tambah mengipas isu Ayodhya menjadi flashpoint nasional, menginterpretasikan keputusan pengadilan sebagai kemenangan dalam kempen untuk membangun sebuah kuil Ramayan di mana masjid Babri pernah ditegakkan.

Keputusan Mahkamah Tinggi Allahabad merupakan langkah yang signifikan untuk membangun sebuah kuil besar, menurut kenyataan pemimpin BJP dan mantan Perdana Menteri LK Advani kepada wartawan setelah pertemuan parti, menjadikan umat Islam cemas.

Syed Ahmed Bukhari, ketua ulama di masjid utama Masjid Jama New Delhi, mencela keputusan hakim, mengatakan mahkamah telah mengarah (memaksa)"atas dasar keyakinan buta dan tidak dengan bukti dan dokumentasi yang jelas kepada hakim."

"Kami memang tidak setuju dengan keputusan itu," katanya. "Kami tidak menyerah dengan tuntutan kami (untuk membangun) masjid Babri," katanya di New Delhi.

Asaduddin Owaisi, seorang anggota parlemen Muslim, mengatakan kepada AFP memantg "ada timbul kemarahan di kalangan masyarakat Muslim atas keputusan itu."

Komen Blog Ibnu Hasyim: Kita menungu-nunggu sikap kerajaan Malaysia dalam hal ini, oraganisasi hak asasi manusia, NGO dan pertubuhan politik atau Islam di negara ini. Jangan biarkan Masjid Babri diagihkan kepada yang bukan haknya. (Pelbagai sumber/AK)

2 comments:

otaklunyai said...

apa nak heran... kat malaysia ni penemrintah yang kununnya Islam meroboh dan menutup surau-surau. dah lah tu buat masjid harga jota-jota tak sampai setahun dah runtuh. lepas tu buat tak tau jer..lagi hebat kan. di india tu dah tentulah kafir laknatullah yang bencikan Islam..

Anonymous said...

YA!!!!
Mana dia PEKASAM? Mana dia Berahim Jongang?
mana dia Keris lebik Hishamudin Husein?
mana dia hero Twin Tower Kairy Pemuda UMNO?
Mana dia PEKIDA?
Mana dia mamak tongkang Tanjong?
Mana dia Naina Reezal Merican dengan GPMS?
mana dia Zambry Kadiak mamak Pulau Pangkok?
mana dia Azeeez Putra Mamak UMNO?
Mana dia Ketua anak Mami Tanjong Sharizat anak tok mamak Jelutong?
Mana dia Pengerusi Pengurup Wang Malaysia aka Menteri No2 Tanjong mai Nuuuuur Muhamad Yaakup?
Mana dia Silat Lincah Mamak Din?
Mana dia Persatuan Pembela Islam UMNO??
mana dia Aziz Sheikh Fadzil dan geng Kulim?
Mana dia Zulkifli Nordin pembela Islam yang marah sangat dengan PAS?
Apa hangpa dok buat?
Dok kira duit judi Genting dan Vincet Tan kot???
Atau dok pekena tosei dgn Samy Vellu di Batu Cave?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails