Pertuduhan ke atas mereka — U. Suresh dan K. Saravanan dibacakan kira-kira 11.15 pagi di di Mahkamah Majistret di sini. Pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Tamil. Setakat 9 pagi tadi, dua suspek telah dibawa ke mahkamah dan dijangka didakwa bila-bila masa.
Kelmarin, seorang peguam N. Patmanabhan dan tiga pekerja ladang didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Datok atas tuduhan membunuh Sosilawati dan tiga yang lain. Peguam berusia 41 tahun itu didakwa bersama-sama T. Thilaiyalagan, 19, R. Matan, 20, dan R. Khatavarayan, 30.
Mereka didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama dengan Seksyen 34 kanun yang sama. Jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman mati.
Mengikut kertas pertuduhan, mereka dituduh bersama-sama membunuh Sosilawati, 47, pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Lot 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting antara jam 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos lalu. (AK)
Untuk melihat kes ini secara keseluruhan sejak mula, sila lihat...
No comments:
Post a Comment