Saturday, October 09, 2010

Ku LI : Terima Pengarah BN, Calon Belum Lagi

SEPANG, 9 Okt 10— Ketua Umno Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah pagi ini mengesahkan beliau menerima jawatan pengarah jentera BN bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Galas tetapi teka-teki sama ada akan menjadi calon masih berterusan.

Ahli Parlimen Gua Musang itu yang pulang ke tanah air kira-kira 7.30 pagi tadi memberitahu wartawan bahawa beliau tidak mahu mengulas apa-apa mengenai calon sebelum mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Sebenarnya, saya tidak ada apa-apa yang hendak diperkatakan pagi ini kerana masih belum mesyuarat.

“Saya cuma nak maklumkan telah menerima tawaran pengarah pilihan raya DUN Galas.

“Mengenai calon yang belum buat apa-apa keputusan lagi, mesyuarat pun belum lagi, Perdana Menteri pun saya belum jumpa,” katanya ketika sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini.

Sejurus tiba di lapangan terbang, beliau mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Umno Kelantan Datuk Seri Mustapha Mohamed dan Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan. (AK)

1 comment:

Anonymous said...

Bila Ku Li menerima perlantikan pada masa dia sendiri telah komen dalam twitter dia hanya akan bercakap bila ada di Malaysia, bererti ada perjanjian sulit telah berlaku antara Ku LI dan najib ATAU Ku Li dan Mahyudin.
Yang pasti bukan perjanjian sulit dengan kedua-duanya.
Mungkin selepas ini akan ada komen berbeza tentang royalti Petronas selepas ini.
Lebi menarik, kali ini PAS dan Ku LI bersetuju dalam hal royalti minyak untuk rakyat Kelantan dan Istana Kelantan.
Ku Li dan Nik Aziz juga mungkin buat pertama kali akan mengadakan kempen di atas platform yang sama.
Dan lebih menarik mungkin inilah kali pertama dalam sejarah PRK Malaysia perdebatan terbuka akan diadakan di pentas yang sama.
Cuma soalan cepumas adakah PEKASAM akan meletakkan calonnya?
Adakah parti serpihan PAS juga akan meletakkan calonnya?
Adakah KIMMA juga akan meletakkan calonnya? Siapakah akan jadikan isu ancaman habitat masyarakat Orang Asal sebagai tema masa depan kelestarian landskap budaya Orang Asal?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails