KL 18 OKT0 10: Lembaga Penapis Filem (LPF) dan pihak lain yang berwajib termasuk bahagian agama di Malaysia dicabar supaya mengangani masalah penayangan sebuah filem “From Paris With Love”, yang dilaporkan menghina Islam sebagai agama bagi Persekutuan di negara ini. Demikian kenyataan blog www.wiraislam.com semalam.
Menurut blog tersebut ((diringkaskan)..
Satu: Baru beberapa minit menontonnya, tampak jalan ceritanya sama seperti filem box-office sebelum ini yang berjudul B13. Misi agen perisik menyelamatkan negara. Filem “B13” menyelitkan sedikit unsur penghinaan kepada Islam apabila orang Islam dilakonkan sebagai salah satu kelompok minoriti mafia yang terlibat dengan dadah.
Dua: Tetapi, filem “From Paris With Love” menyajikan penghinaan yang lebih dahsyat iaitu Muslim sebagai pengganas dan Islam agama yang menyeru kepada keganasan. Pada permulaan cerita, watak utama, Wax yang dilakonkan oleh John Travolta sudah mengetengahkan imej menghina Islam. Kononnya, cuba menyamar sebagai salah seorang anggota mafia dengan memakai serban di tengkuk. Ironinya, ini adalah satu agenda yang ingin mendidik minda manusia bahawa pemakaian serban adalah lambang mafia dan pengganas.
Tiga: Plot cerita ini kerana secara keseluruhannya menghina Islam dari awal hingga ke penghujung jalan cerita. Kumpulan Islam adalah kumpulan pengganas yang menjadi musuh utama dalam filem ini. Orang Asia berbangsa Cina ditonjolkan sebagai kumpulan yang dipergunakan oleh kumpulan pengganas. Kumpulan pengganas menjual dadah kepada mereka sedangkan keuntungan jualan digunakan untuk membeli senjata bagi menjalankan kegiatan kumpulan pengganas Pakistan/Islam tersebut.
Empat: Dinding bangunan sarang 'pengganas' dipenuhi dengan kalimah-kalimah yang agung; Allah, La ilaha illallah, Muhammad dan sebagainya. Watak yang dilabel pengganas kononnya adalah orang Pakistan beragama Islam. Turut dikaitkan sebagai sarang pengganas adalah negara Lubnan.
Lima: Dalam satu adegan, salah seorang watak utama, James Reese (Jonathan Rhys Meyers) mengacukan pistol kepada ‘pengganas’. Si pengganas yang telah mengangkat tangannya secara tiba-tiba mendekatkan diri dan memasukkan pistol yang diacukan tersebut ke dalam mulutnya. Kemudian, menarik picu pistol dan sempat mengucapkan dua kalimah syahadah sebelum melepaskan picu pistol sehingga hancur kepalanya.
Kemudian, seorang ketua kumpulan pengganas membawa kereta yang diisi bom dari arah yang bertentangan dengan kereta yang dinaiki oleh delegasi dari Amerika Syarikat yang sedang dalam perjalanan untuk menghadiri satu persidangan di Paris. Kononnya merancang untuk membuat aksi pengebom kereta berani mati. Watak-watak pengganas semuanya memegang nama-nama Arab/Islam seperti Rasyid dan sebagainya.
Akhirnya, satu rahsia terbongkar. Bekas kekasih Reese, Caroline kononnya menganut agama pengganas dan merancang untuk meletup diri dalam persidangan yang bakal berlangsung. Dia hadir dengan berpakaian seperti seorang Muslimah. Reese memujuknya agar meninggalkan agama yang merosakkannya yang menjanjikan ketenangan yang palsu. Akhirnya Reese terpaksa menembak mati kekasihnya sebelum sempat Caroline menekan butang bagi meletupkan diri.
Enam: Blog tersebut merasa kesal..
i. Bagaimana sebuah filem yang penuh dengan adegan penghinaan kepada Islam ini boleh berada dalam pasaran negara. VCD yang dibeli adalah asli keluaran Speedy Video dengan tertera tag KDNHEP dan tentunya kebenaran FINAS.Enam: Blog tersebut merasa kesal..
ii. Bagaimana penapisan filem di Malaysia gagal mengesan sedangkan keseluruhan filem dipenuhi agenda menghina Islam dari awal hingga akhir? Sensitiviti agama sangat jelas dimainkan. Sedangkan filem ini sudah pun mula memasuki pawagam di Malaysia sejak 25 Februari 2010! Malangnya, tiada bantahan dan tiada suara Islam yang ke hadapan untuk membela Islam daripada penghinaan ini.
iii. Jelas, inilah mentaliti majoriti penonton hanya asyik menonton dan buta agama, tidak memahami mesej penghinaan yang sengaja dicipta. Aduh, betapa besarnya malapetaka ini jika ditonton oleh orang tiada pendirian agama yang teguh. Filem ini juga mungkin menimbulkan sangsi dan fenomena Islamophobia di kalangan masyarakat majmuk pelbagai bangsa dan agama di negara ini.
iv. Berdasarkan carian melalui Google, belum ada apa-apa tindakan mahupun bantahan yang serius daripada mana-mana pihak. Hanya ada segelintir penggemar filem yang memberi komen biasa, penilaian mereka terhadap tahap filem ini dan hanya sedikit yang terperasan adanya unsur sengaja menghina Islam.
Tujuh: Weblog tersebut menyeru kepada semua pihak yang mencintai agama Islam yang suci dan aman ini untuk..
i. Bangkit, menyatakan bantahan dan membela isu penghinaan ini agar keharmonian negara ini tidak terjejas dan Islam tidak dihina sewenang-wenangnya di peringkat antarabangsa.
ii. Meyeru kepada pihak yang berwajib untuk mengambil tindakan sewajarnya ke atas pengedaran filem ini.
iii. Tidak lupa juga, marilah kita memanjatkan doa kepada Allahu Subhanahu Wa Ta’ala agar pihak penerbit dan musuh yang menghina Islam ini dibalas dengan azab yang pedih.
iv. Sebarang komen dan maklumat berhubung filem ini amat dialu-alukan oleh Wira Islam www.wiraislam.com
Blog Ibnu Hasyim juga bersetuju dengan cadangan weblog tersebut dan menyeru pihak terbabit termasuk kerajaan UMNO/BN supaya segera menangani, walau pun sudah terlewat, supaya perkara seperti ini tidak berulang lagi.
Ingat kuasa rakyat adalah kuasa keramat yang akan menentukan kesinambungan pentadbiran anda selepas PRU 13 akan datang, wahai UMNO/BN. (AK)
No comments:
Post a Comment