Menurutnya, keputusan itu diambil selepas mendapati berlakunya pertentangan kepentingan ekoran keputusan mengejutnya itu.
Sehubungan itu, Yusmadi (kanan) berkata, tugas-tugas memantau perjalanan pemilihan langsung pertama PKR melalui MyDemocracyWatch itu kini diwariskan kepada seorang pegawai di pejabat Menteri Besar Selangor Amin Ahmad.
Manakala Amin (bawah) - pegawai komunikasi di pejabat Tan Sri Khalid Ibrahim - berkata, setelah banyak berbincang dengan Yusmadi, beliau merancang meluaskan skop badan itu ke peringkat Asean.
Sementara itu, mengulas penyertaannya dalam kerusi nombor tiga dalam parti itu, Yusmadi berkata, beliau mahu turut sama bersaing bagi menghargai hajat ahli PKR yang mencalonkannya walaupun tidak menawarkan diri sebelum ini.
"(Ia) menggambarkan suara anak muda diiktiraf dan diperlukan sebagai kombinasi sinergi dengan pemimpin berpengalaman.
"Ia juga menunjukkan suara akar umbi parti mahu melihat Pemilihan PKR 2010 sebagai persedian sebagai parti masa depan," katanya yang kini menyertai Persidangan Agung Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York sebagai wakil tunggal Pakatan Rakyat. (AK)
No comments:
Post a Comment