Tuesday, October 26, 2010

New York Seks Sejenis Terus Merebak



NEW YORK 26 Okto 10
: Kajian terbaru menunjukkan, hampir seorang bagi setiap 10 remaja - atau 9.3 peratus - melakukan hubungan seks sejenis. Kadar itu menunjukkan peningkatan hampir dua kali ganda berbanding kajian dilakukan ke atas remaja di Massachusetts dan Vermont pada 2002.

Pegawai Jabatan Kesihatan New York, Dr Susan Black, berkata ada bukti jelas menunjukkan kecenderungan itu bertambah. “Kita perlu mengenal pasti puncanya serta faktor lain yang mempengaruhi amalan ini,” katanya, semalam. Dr Susan juga bimbang apabila kadar penggunaan kondom di kalangan remaja terbabit rendah.

Kajian itu membabitkan lebih 17,000 remaja di New York. Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS melaporkan, separuh daripada 18 juta kes baru jangkitan seksual di negara itu berlaku ke atas individu berusia di antara 15 dan 24 tahun. - Reuters

1 comment:

asrulasmah said...

ikut islam, sure selamat

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails