KEMASKINI KL 11 OKTO 10: Sekurang-kurangnya lima nama telah dikenalpasti untuk disenaraikan sebagai calon PAS di Galas, kata pengarah pilihan raya kecil PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. (Gambar kanan)
Daripada senarai tersebut, dua nama terdiri daripada kalangan masyarakat Orang Asli dan selebihnya kalangan pemimpin dan aktivis masyarakat tempatan.
"Kesemuanya memang dikenali oleh orang Gua Musang," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Beliau bagaimanapun enggan menamakan individu yang disenaraikan itu. Senarai berkenaan juga belum dibincangkan dalam mesyuarat dewan harian PAS pusat, katanya. Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, nama-nama berkenaan dicadangkan bagi memenuhi kemahuan akar umbi.
Ditanya mengenai pertimbangan yang akan digunakan dalam memilih calon kali ini, Tuan Ibrahim berkata: "Kita pilih calon yang boleh bergelumang dengan rakyat di situ." Mengulas kesediaan PAS untuk menurunkan wakil daripada masyarakat Orang Asli di situ, Tuan Ibrahim berkata, pertimbangan tersebut dilakukan berdasarkan keputusan pilihan raya umum sebelum ini.
Sokongan daripada kira-kira 2,000 pengundi Orang Asli terhadap PAS meningkat meningkat sehingga 20 peratus dalam pilihan raya lalu di enam peti undinya Belatim, Bihau, Balar, Sungai Ber, Lojing dan Hau. Selain itu, Galas juga mempunyai bilangan pengundi Cina paling ramai berbanding kawasan lain di Kelantan - seramai kira-kira 1,900 orang di peti undi Bandar Baru, Bandar Lama dan Kampung Baru Hilir.
Kawasan selebihnya, Sungai Terah, Kampung Batu Papan, Kampung Pulai dan Lepan Tupai menempatkan majoriti pengundi Melayu di Galas, seramai kira-kira 6,200 orang daripada keseluruhan lebih 11,500 pengundi. Tindakan PAS mengambil kira calon daripada kalangan masyarakat Orang Asli itu kelihatan konsisten dengan kenyataan timbalan pesuruhjaya II PAS Kelantan Datuk Husam Musa untuk mengambil kira komitmen masyarakat Orang Asli terhadap PAS.
Antara wakil masyarakat Orang Asli yang dikenali di kalangan masyarakat Gua Musang ialah Pandak Panjang Ey, yang kini dilihat mesra dengan PAS Kelantan. Beliau hadir bersama sekumpulan masyarakat Orang Asli Temiang Gua Musang dalam satu program ramah mesra anjuran kerajaan negeri di kediaman rasmi menteri besar Selasa lalu, lapor Harakahdaily.
Turut hadir di majlis itu ialah timbalan menteri besar Datuk Ahmad Yakub; speaker DUN Kelantan, Datuk Nasruddin Daud dan exco kerajaan negeri. Sementara itu, seorang penduduk tempatan, Mazlan Jaafar berkata, beliau mengambil sikap terbuka sekiranya PAS mengambil pendirian untuk mencalonkan wakil Orang Asli. "Kalau dia berkebolehan, maksudnya dia boleh berkhidmat, kita akan sokong. Tapi, setahu saya PAS belum putuskan sesiapa untuk jadi calon," kata Mazlan, seorang kakitangan Majlis Daerah Gua Musang.
Tambahnya, Orang Asli pada masa kini tidak lagi boleh dipandang rendah kerana terdapat di kalangan mereka yang berkebolehan. "Orang Asli sekarang bukan macam dulu, ramai yang berkebolehan. Mungkin tidak ramai yang masuk universiti tapi mereka berkebolehan," katanya lagi.
Ketika ditanya lanjut, Mazlan berkata, beliau lebih cenderung untuk memilih calon dari kalangan orang Melayu kerana golongan berkenaan membentuk majoriti di kawasan tersebut. "Tapi kalau sesiapa pun calon itu, kalau berkebolehan, kita akan sokong," katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Sementara itu, PAS akan mengumumkan nama calonnya untuk bertanding pada pilihan raya kecil DUN Galas pada 24 Oktober, kata Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun. Beliau berkata semua senarai calon parti itu untuk pilihan raya tersebut telah diserahkan kepada Majlis Syura untuk diperhalusi sebelum diputuskan secara muktamad.
"Kita (PAS) bercadang membuat pengumuman nama calon 24 Oktober ini serentak dengan hari pengumuman yang akan dibuat oleh parti lawan BN, ini dikirakan sesuai dan adil bagi semua pihak," katanya kepada Bernama di Pasir Mas hari ini.
(AK)
-------------------------------
Lihat analisis PRK DUN Galas secara keseluruhan...
...E-Buku IH-14: P/Kecil DUN Galas
Antara kandungan:Bab 1
- Adun Galas Pulang Ke Rahmatullah.
- Imbasan DUN Galas
- A/Che Hashim: Takziah Nik Aziz & Ibnu Hasyim
- DUN Galas, Ada Yang Perlu Digalas
- PRK Galas: Ku Li (UMNO) Sukar.. -Prof Aziz Bari
- Galas: UMNO Tak Perlu Bertanding -Nik Aziz Sokong
- Galas: DHPP Sayap Baru PAS Sedia Tanding
- Tarikh PRK Galas: SPR Ambil Kira AGM Umno.
- Ku Li Pengarah PRK BN Galas, Tamparan Pada PAS
- Galas: Tentukan Undi Melayu PRU 13 -Merdeka Cent...
- Mahyudin Cuba Bunuh Masa Depan Politik Ku Li
- Galas: Ku Li Lwn Nik Aziz -Dr P. Sivamurugan
- Galas Kekuatan Sendiri, Tuan Ibrahim -Pengarah Au...
- Ku Li Calon Galas? -TPM
- Galas: Ku Li Tolak Tawaran TPM? Kerana...
- Calon Galas: Melampau.. Ku LI Bukan Taraf! -Nik ...
- Sokong N/Aziz Perokok Tak Boleh Jadi Calon Galas
- Pemuda UMNO Pulang, Rampas Kerusi Galas
- Galas: Tanya Dia, Saya Belum Cakap Apa-apa. -Ku L...
- PRK Galas Undi 4 Nov: Awal-awal SPR Diperalat UMNO
- Galas: Strategi Guna Rahimi Osman -Chegubard
- Royalti Minyak: Reaksi Petronas Panaskan Galas
- Kami Turun Ke Galas Dg 48% Sokongan -PAS
- Tarikh Undi Galas: Polimek SPR & PAS
- Galas: Tanggungjawab Dakwah & Jihad -Datuk Husam
- Lantikan Ku Li Elak Umno-BN Guna Rasuah Undi -PAS...
- Faktor PAS Lawan BN -Nik Aziz
- Najib-Ku Li Bertemu-, Calon BN Galas 24 Okt
- Orang Asli Dlm Senarai Calon Galas -Tuan Ibrahim...
---------------------------------------------
No comments:
Post a Comment