Friday, October 22, 2010

P'cis: Bantah Lanjut Bersara Libat Konsert Lady Gaga

HALAMAN HIBURAN


Beberapa penunjuk perasaan semalam menyekat laluan ke sebuah dermaga kapal Toulon, selatan Perancis bagi membantah had umur persaraan dilanjutkan.

PARIS 22 OKT 10: Penyanyi terkenal, Lady Gaga nampaknya turut menerima tempias protes besar-besaran yang berlaku di Perancis apabila para penunjuk perasaan mengawal lapangan terbang di Marseille.

Tindakan tunjuk perasaan itu menyebabkan Lady Gaga yang terkenal dengan lagu Bad Romance terpaksa membatalkan konsertnya di Paris yang dijadualkan pada hari ini dan esok.

Protes itu semalam merupakan siri tunjuk perasaan yang bertujuan membantah rancangan pemerintah Perancis yang mahu melanjutkan usia persaraan daripada 60 tahun kepada 62 tahun sebagai salah satu usaha mengurangkan defisit bajet.

Semalam, ratusan pekerja menghalang semua akses ke lapangan terbang utama di Marseille selama tiga jam.

Para penumpang terpaksa berjalan kaki ke terminal sebelum anggota polis datang menyebabkan kumpulan penunjuk perasaan bersurai. Mereka turut menghalang laluan kereta api di sekitar Paris.

Beberapa buah lebuh raya terjejas apabila beberapa buah kereta dan trak menghalang laluan di Calais di utara dan Pyrenees, selatan Perancis.

Menteri Dalam Negeri Perancis, Brice Hortefeux menyelar individu yang terlibat dalam protes tersebut.

Bercakap kepada radio Europe-1, Hortefeux memberitahu seramai 1,901 suspek telah ditahan sejak awal minggu lalu.

Hortefeux menegaskan Perancis masih miliki rizab minyak untuk beberapa minggu lagi dan bekalan adalah semakin baik meskipun ada tunjuk perasaan.

Pagi semalam, para pelajar menutup Sekolah Tinggi Turgot berhampiran Place de la Republique di timur Paris bagi membantah cadangan melanjutkan had umur persaraan. Mereka duduk di tengah jalan dan menghalang aliran trafik dengan menyanyikan lagu serta melaungkan slogan kumpulan buruh.

Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Paris memberi amaran kepada warganya supaya menjauhi lokasi demonstrasi di Perancis.

Amaran itu menyatakan demonstrasi aman boleh bertukar menjadi ganas. - AP

Sebelum ini...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails