Sunday, October 03, 2010

Pemuda UMNO Pulang, Rampas Kerusi Galas


PARIT Ahad Oktober 3, 2010: Pergerakan Pemuda Umno akan memastikan lebih 1,000 anggotanya yang berdaftar sebagai pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Kelantan pulang untuk menunaikan tanggungjawab mereka pada pilihan raya kecil DUN itu nanti.

Pengerusi Biro Keahlian dan Daftar Pemilih Pemuda Umno Hisamudin Yahya berkata sekiranya semua anggotanya yang berada di luar Galas terutama di ibu negara dapat pulang mengundi, peluang calon Barisan Nasional (BN) untuk menang pada pilihan raya kecil itu cerah.

"Pada pilihan raya umum yang lepas, kerusi DUN Galas dimenangi calon PAS dengan majoriti undi sebanyak 646 undi sahaja.

"Mereka (PAS) hanya menang dengan jumlah undi yang cukup kecil sahaja dan sekiranya kita mampu memastikan kepulangan pengundi luar khasnya di kalanganPemuda, pasti kerusi DUN Galas akan dapat dirampas kembali," katanya kepadapemberita selepas program ziarah Pemuda Umno bersama-sama penghuni Rumah AmalNur Kasih Bestari di Bota Kanan di sini, Ahad.

Beliau berkata Pemuda Umno Bahagian Gua Musang telah diminta menyerahkansenarai nama anggota Pemuda yang berada di luar Galas terutama ibu negara untukdikesan dan dihubungi oleh pihak biro. "Selain memastikan mereka (anggota) dapat pulang untuk mengundi, sepertibiasa kita juga akan menghantar sekumpulan petugas untuk membantu jenterapilihan raya di DUN Galas," katanya.

Kerusi DUN Galas kosong berikutan kematian wakil rakyatnya daripada PAS ChekHashim Sulaima, 46, pada 27 September lepas akibat barah usus.

Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) akan bermesyuarat Rabu ini untuk menetapkanhari penamaan calon dan pengundian bagi pilihan raya kecil DUN Galas.

Sementara itudi Shah Alam sebelum ini, Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin berkata pergerakan itu bersedia sepenuhnya untuk menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas. Menurut beliau tidak kira siapa calon yang akan mewakili BN dalam pilihanraya kecil tersebut, pergerakan itu khususnya Pemuda Gua Musang sudah bersedia untuk mengalas kemenangan BN nanti.

“Faktor kemenangan di DUN Galas ada banyak, kita tidak boleh mengharapkan Tengku Razaleigh Hamzah sahaja, kita semua kena bekerja keras untuk memastikan kemenangan calon kita.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Pemuda PAS Bagaimana?

Sila layari dan ikuti PRK Galas dari awal ...

E-Buku IH-14: P/Kecil DUN Galas

Antara kandungan:
Bab 1

Bab 2
Insya Allah liputannya bersambung hingga selesai pilihan raya kecil ini.
----------------------------------

No comments:

Post a Comment