Tuesday, October 12, 2010

Pendakwah Zainuddin MZ Tiduri Artis Dangdut?

(Pembetulan gambar atas tiada kena mengena dengan Zainuddin MZ dan Aida Saskia. Harap maaf. ) Dikatakan Aida Saskia ingin Zainuddin MZ Mengaku & Minta Maaf ..

(Gambar kanan) Zainuddin MZ

JAKARTA 12 OKT 10: Walaupun penyanyi dangdut Aida Saskia mendakwa keperawanannya berakhir di tangan Zainuddin MZ, pendakwah terkenal itu sehingga kini enggan memberi sebarang komen.

Masih tiada di rumahnya ketika dikunjungi media semalam, tokoh digelar pendakwah sejuta umat itu dikatakan sibuk menjalankan urusan luar sejak seminggu lalu. Lelaki ditugaskan menjaga rumahnya berkata, Zainuddin enggan memberi sebarang pengesahan atau penafian terhadap dakwaan Aida. “Beliau enggan memberi komen. Aida pula sekadar mencari publisiti,” katanya.

Menurut penjaga yang enggan dikenali itu, jika Aida mahu mengadu, sebaiknya ia dibuat terus kepada Tuhan dan bukan polis. “Polis pun manusia juga,” katanya.

Sementara itu, ada jiran memberi keterangan berbeza daripada penjaga itu. Menurut seorang daripada mereka, dia melihat Zainuddin mengunjungi masjid di depan rumah untuk mengerjakan solat Subuh, semalam. Selain menjadi pendakwah, Zainuddin, 59, juga pernah aktif sebagai ahli politik dan mengasaskan penubuhan Parti Bintang Reformasi apabila gagal meraih pengaruh dalam Parti Persatuan Pembangunan (PPP).

Pada Pilihan Raya Umum 2004, Parti Bintang Reformasi mengemukakan Zainuddin sebagai calon presiden tetapi gagal menarik sokongan seperti diharapkan. - Agensi

Lanjut sila layari..

http://us.detikhot.com/read/2010/10/08/132620/1459026/230/siapa-aida-saskia-penyanyi-selingkuhan-zainuddin-mz

3 comments:

Anonymous said...

ape kaitan gmbr wayne rooney dgn tjuk ni....... just curious

Ibnu Hasyim said...

Maaf, kalau tersalah, kerana saya salin gambar itu dari google yang menulis begitu di bawahnya..

Anonymous said...

rooney mencurangi isterinya...
samada berduit atau tidak berduit lelaki suka mencurangi isteri...

she...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails