Monday, October 04, 2010

RM100, RM1,000, Warga Emas & UMNO -Sikap Guan Eng

KEPALA BATAS, 3 Okt 10: "Biarkan Umno terjun dengan labu-labunya," itulah reaksi Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng terhadap serangan Umno yang kian serabut dengan wang pemberian warga emas RM100 dan wang pengurusan jenazah warga emas sebanyak RM1,000.

Ujarnya, jika ada warga emas yang mahu memulangkan pemberian Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat, mereka boleh berbuat demikian dengan mengutus surat mengatakan mereka tidak mahu menerima terus pemberian yang diperuntukkan kepada mereka setiap tahun.

“Jangan berikan kepada Umno, bimbang mereka mempergunakan wang itu untuk tujuan yang tidak manasabah kerana sejarah telah membuktikan parti itu sering tidak amanah terutamanya peruntukan menjelang pilihan raya kepada para petugas,” katanya.

Namun begitu, ujarnya kerajaan negeri tidak hairan dengan desakan Umno Kepala Batas dan yang terbaru di Bayan Baru kononnya mereka bersama dengan penduduk miskin menentang usaha murni kerajaan negeri berjiwa rakyat yang berusaha meningkatkan martabat bangsa, agama dan sosioekonomi menerusi penjimatan yang dilakukan.

"Sebelum ini Umno tidak pernah berikan sesen pun wang kerajaan kepada rakyat miskin yang mereka tahu golongan miskin diperkotakkatikan semasa pilihan raya tidak kira kecil ataupun umum," tambahnya ketika ditemui selepas meraikan sambutan Aidil Fitri PAS Kawasan Kepala Batas di Dewan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Bertam petang tadi.

Katanya, Umno nampak serius melemparkan fitnah terhadap kerajaan negeri kononnya pemberian wang warga emas dan pengurusan jenazah daripada hasil judi sedangkan pemimpin mereka sendiri bergelumang dengan hasil judi.

Malahan, kata beliau ada antaranya terlibat menjadi jawatankuasa organisasi berhubung dengan perjudian.

“Jika macam itu bagaimana pendapatan mereka untuk diberi makan keluarga,” katanya.

Menurutnya, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Farisan Darus sendiri telah menjelaskan sebelum ini bahawa wang sumbangan syarikat judi lumba kuda diasingkan untuk masyarakat bukan Islam dalam Rakan Anti Kemiskinan (RAK) bukan wang warga emas atau pengurusan jenazah.

"Saya pun tahu judi haram untuk orang Islam, maka kita asingkan tabungan itu, wang RM100 dan RM1,000 itu diambil dari wang penjimatan kerajaan," jelasnya.

Apa pun, tambah beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Putih, tekanan yang dibuat oleh Umno BN itu membuatkan semua jentera kerajaan dan parti melaksanakan kerja dengan lebih efisyen.

Bukan sahaja jentera, ujarnya bahkan semua Exco dan kepimpinan parti dalam gabungan Pakatan Rakyat bertungkus lumus merangka program untuk memperjelaskan keadaan sebenar kepada rakyat. (Sumber Harakahdaily)

10 comments:

Anonymous said...

BENAR!!!!! Lim Guan Eng adalah pemimpin paling suci sekali di Malaysia!!!! Kalau ada apa2 isu yang timbul berkaitan Kerajaan Penang, jangan sesekali percaya!!! Tu semua adalah tak lain dan tak bukan adalah fitnah BN semata2!!!!

Kalau ada orang Melayu buat aduan kampung mereka akan diroboh Kerajaan Negeri, tutupkan telinga anda. Mereka sebenarnya adalah ejen2 UMNO yg nak memburuk2kan Kerajaan Negeri Penang. Kalau ada masyarakat India buat himpunan bantah pemusnahan kampung mereka, ketuk kepala mereka, kerana mereka adalah ahli2 MIC semata2!!!

Kerajaan Penang bersih!!! Lim Guan Eng amalkan 'Amal Makruf Nahi Mungkar'. Sepanjang pemerintahan DAP, miskin tegar berjaya dihapuskan!!! Orang2 Melayu diberi bantuan di dalam Tokong, duit zakat diedarkan sendiri oleh Lim Guan Eng!!! Bukan macam Gerakan... Ini kerana Lim Guan Eng contohi Khalifah Umar Abdul Aziz. Tak hairan Lim Guan Eng merupakan satu2nya Kristian yg didoakan dalam solat Jumaat oleh Ustaz PAS!!!

Pendek kata, semua yang buruk pasal Penang adalah fitnah UMNO/BN semata2 yang munafik!!! Lim Guan Eng adalah pemimpin suci yang tak patut ditegur oleh semua orang!!! beliau paling layak jadik Perdana Menteri bila PR menang nanti!!! PAS perlu teruskan sokongan kepada Lim Guan Eng & DAP!!!

Terima kasih Ibnu Hasyim...

Hidup DAP!!!

Hidup Pakatan Rakyat!!!

Pergi mampos Ketuanan Melayu!!!


Mati UMNO!
Mati MCA!
Mati Gerakan!

joe penang said...

- Isu duit RM100 tu x jd isu bg saya.
UMNO lg teruk dengan hasil judi peringkat Pusat.
- isu kenaikan air di Kedah dan Penang. Bagilah penjelasan menyakinkan. Negeri tertakluk dibawah SPAN. Perlu mengikut harga ditetapkan.
Alasan kenaikan kos 2x5 dgn UMNO. Kita plak baru 2 tahun je memerintah. Tunggu la lama sikit

Anonymous said...

betul tu Joe Penang!!! Sokong 100%!!!

patutnya LGE bgtau kat org2 tua yg pulangkn duit tu, ADA AKU KESAH??!!! KO TAK NAK DUIT JUDI, AKU BAGI KAT ORANG LAIN. TAK PUN AKU WAT JOLI DUIT TU.

sbnrnya org2 tua kerepot yg dok kecoh2 pulangkn duit judi tu adlh ahli2 UMNO, so jgn tertipu!!! ludah muka depa kalau jumpa derang ni sema!!!

Kerajaan Penang adalah state government yg paling bersih & cekap sekali kat Malaysia!!! aku tak kesah berapa banyak pun tariff air yang derang nak naikkan. kalau boleh naikkan lagi tiap2 tahun.. Orang2 Penang ni memang suka membazir air, macam CM Lim cakap...

Hidup DAP!!!

Hidup Pakatan Rakyat!!!

mr edz said...

oleh sebab diorang taknak.. aku ingat nak masukkan nama aku boleh ker? heheheh.. sekarang baru umno tak suka judi...

Anonymous said...

jom kita isi borang ahli DAP ramai2... =) then kita leh tuntut wang judi dari org2 tua kerepot yg tak tahu nak terima kasih pd CM Lim ni...

UMNO & judi memang tak leh nak dipisahkan!!! kalau DAP nak halalkn judi, tak apa... pasai Lim Guan Eng ni dah bgtau, dia pun tahu pasal hukum halal haram dlm Islam... bukan mcm UMNO totok!!!!

Hidup DAP!!!

Hidup Pakatan Rakyat!!!

No more 'Ketuanan-Melayu'!
No more 'Hudud-Law'!

Anonymous said...

kah kah kah.ada gak umno dalam ni terasa ke...

aku nak tanya duit dari genting tu haram ke tak.. sila jawab anon 8:09

Anonymous said...

kah kah kah!!! gila punya UMNO boleh menyibuk kat blog ni...

Hukum judi adalah jelas HARAM disisi Islam. Muktamad! dah sah2 judi Genting tu HARAM!!! Bodoh punya UMNO, sampai sekarang Pahang jadik negeri Darul Judi...

sumbangan dr Judi yg Penang state Government bagi ni pun HARAM jugak!!! tapi pasal aku penyokong Pakatan Rakyat, maka pada aku, halal lah kalau org Melayu yg terima....

Lagipun, alim ulamak & para ustaz dalam PAS tu tak kata apa2. Saleh Man pun sokong CM Lim, Mat Sabu sejak dapat jawatan pun dah diam jek... wat pe aku nak dok kecoh2 pulak???

HIDUP DAP!!!

HIDUP PAKATAN RAKYAT!!!

No more 'Ketuanan Melayu' *Nik Aziz pun malu jadik Melayu wei!!!!

No more 'Hudud Law'!!!

Anonymous said...

omno, dulu kini dan selamanya akan terus menolak kebaikan

Anonymous said...

betul tu anon!!! sejak merdeka omno takde wat hatta satu pun kebaikan pd negara. baik kita pakat2 sokong Lim Guan Eng & DAP supaya ketuanan melayu dpt dihapuskn & hukum hudud tak dilaksanakn kat mesia...

Hidup DAP!!!

Mati UMNO!!!
Hapuskan Ketuanan Melayu!!!

Anonymous said...

Kecoh la anonymous ni .. Hujah merapu ..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails