Perintah mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah itu dikeluarkan oleh Majistret Surman Hussain bagi membolehkan polis melakukan siasatan lanjut mengenai kes kehilangan jutawan warga India Allal Kanthan Muthuraja.
Kelima-lima suspek yang tiba di mahkamah dengan van polis pada pukul 9.30 pagi dikawal ketat oleh anggota polis. Mereka kemudian meninggalkan mahkamah kira-kira pukul 10.50 pagi. Ini merupakan kali keempat tahanan reman mereka dilanjutkan.
Sebelum ini kelima-lima suspek telah ditahan reman bermula 12 September lepas bagi membantu siasatan dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.
Muthuraja, 34, dilaporkan hilang selepas dipercayai dijemput dua peguam rakyat tempatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang, sejurus tiba di Malaysia pada 18 Januari lepas.
Isteri mangsa, S. Usharani, 24, membuat laporan mengenai kehilangan suaminya di Balai Polis Banting pada 8 September lepas dan memberi keterangan berhubung perkara itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat sejak beberapa hari lepas. — Bernama
Ikuti keseluruhan cerita di atas. Klik di sini..
-----------------------------------------------------------------
Sila lawati E-Perpustakaan IH.....
- E-Buku IH-1: 'Misteri Hilangnya Jutawan Datuk Sosilawati'
- E-Buku IH-2: Wang Syariah: Tugas Kita Belum Selesai
- E-Buku IH-3: C/P, Mencari Melayu/Islam Sri Lanka
- E-Buku IH-4: C/P, Ke China Bersama Datuk Husam
- E-Buku IH-5: C/P, Yang Buruk Dari Syiah Iran?
- E-Buku IH-6: C/P, Perjalanan Dari Menado Ke Aceh..
- E-Buku IH-7: C/P, Menuju Cina Town Di Riau
- E-Buku IH-8: C/P, 'Medan-Tanjung Balai'
- E-Buku IH-9: Imbauan Lama 'Ada Kaitan Dg Harakah, ...
- E-Buku IH-10: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..'
- E-Album IH-11: Hibur, Hibur, Sikit..
- E-Buku IH-12: C/P, Orang Melayu Myanmar
- E-Buku IH-13: C/P, Orang Melayu Kemboja
- E-Buku IH-14: P/Kecil DUN Galas
--------------------------------------------------
No comments:
Post a Comment